Friday, 15 February 2013

Kenapa perlu BEDUNG bayi?

Antara KEBAIKAN membedung bayi ialah:
 
  • Membantu bayi tidur lebih lena.
  • Meluruskan kaki bayi (orang tua2 kata nak elak kaki pengkar )
  • Mengelakkan dari bayi terkejut dan tersentak akibat bunyi bising sekeliling mereka.
  • Membantu agar bayi berasa lebih selamat dan selesa – bayi merasa hangat seperti di dalam kandungan ibunya (9 bulan duduk dalam rahim ibu..of kos dia rasa selesa dan selamat..yang penting bayi sukakan kehangatan)
  • Mengelakkan bayi dari menggosok dan mencakar mukanya sekiranya tidak dipakaikan sarung tangan.
  • Mengelakkan selimut biasa menutupi muka bayi yang boleh menghalang bayi untuk bernafas dan mengakibatkan Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) atau Sindrom Kematian Bayi Secara Mengejut. (yang ni saya sangat takut.. minta dijauhkan)

Thursday, 14 February 2013

ESP

‎"Susu Makin Banyak, Berat Turun 7kg, Kulit Semakin Gebu & Cerah, Badan Cergas, Pejal.."

Wow!! Hebatkan impaknya?

Sebelum beli jom kita baca dan tahu apa itu ESP@Energizing Soy Protien ni..jangan orang kata hebat, bagus, berkesan, berbaloi, mengeboomkan terus beli tanpa tahu apa fungsi dan kebaikannya pada tubuh kita..nanti kalauu ada orang tanya ESP tu apa? Apa fungsinya? Bolehlah anda jawab dengan bangganya..^_^

ESP memang HOT PRODUCT untuk mommies moden sekarang ni. Ramai yg semakin sedar supplement sangat membantu menampung nutrien yang tak cukup dalam tubuh kita. Permakanan seharian dan gaya hidup yang 'segera' menyebabkan tubuh tidak dilengkapi dengan nutrien seimbang dan berkhasiat tapi mujur ada ESP!!!

















ESP Protein soya BUKAN GMO yang membantu:
- mempercepatkan penghasilan susu
- menjadikan susu lebih pekat dan mengenyangkan bayi hasilnya baby kurang meragam
- mengebu dan mencantikkan kulit, meremajakan kulit
- menurunkan berat badan kerana ESP memberi kekenyangan lebih lama
- memberikan tenaga berpanjangan
- persediaan terbaik penyusuan bagi ibu mengandung
- menganjalkan payudara yang semakin kendur kerana penyusuan
- mengurangkan masalah eczema
- membaiki memori, vitaliti dan ransangan
- merendahkan paras kolestrol
- mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung
-mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser
- mengurangkan kesan parut jerawat, jeragat, luka pembedahan, lecur, kudis, selulit
(menggalakkan pertumbuhan organ dan tisu baru)

ESP amat Sesuai untuk semua golongan kerana kandungan protinnya yang membantu
dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia meransang fungsi psikologi. Kekurangan protin menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, pertumbuhan bantut, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon. Ini membawa kepada kegagalan fungsi organ yang boleh membawa kematian.


Sunday, 10 February 2013

Kenapa Ibu Menyusu Mudah Haus?

WANITA YANG MENYUSUKAN BAYI MUDAH TERASA HAUS
Kehausan yang dirasakan oleh wanita yang menyusukan bayi mereka ada kaitan dengan proses fisiologi yang menjaga keseimbangan cecair dalam tubuh (osmoregulation). Ini berlaku apabila bayi mula menghisap susu ibunya (suckling) menyebabkan peningkatan kepekatan hormone oxytocin meningkat dalam darah dan seterusnya menyebabkan rasa haus pada ibu dan menggalakkan mereka untuk minum lebih banyak air.Walaupun terdapat fakta yang mengatakan bahawa hormon oxytocin boleh menyebabkan air kencing menjadi sedikit kurang kuantitinya, tapi ada kajian lain yang menerangkan sebaliknya. Menurut kajian tersebut, hormon oxytocin juga boleh merangsangkan pembentukan urine dengan kuantiti yang banyak kerana ia menyebabkan garam sodium dikeluarkan dari (di bahagian distal tubule dan collecting duct) dalam ginjal.Garam sodium ini kemudiannya menarik lebih banyak air dari tubuh untuk keluar melalui ginjal bersama-samanya. Kerana itu, adakalanya hormone oxytocin yang dikeluarkan menyebabkan wanita yang menyusukan anak mudah mengumpul air kencing di pundi kencing dan cepat rasa mahu kencing.Oleh kerana air kencing banyak dikeluarkan, dengan proses osmoregulation, keadaan di mana tubuh mengalami kekurangan air akan menyebabkan rasa haus dan lebih banyak air yang dikeluarkan melalui air kencing. Akhirnya kulit dan bibir boleh menjadi kering.Namun setiap wanita itu akan mengalami kesan yang berbeza-beza bergantung kepada penerimaan badan seseorang individu terbabit. Mungkin ada sesetengah wanita yang menyusukan anak tidak cepat merasa haus dan ada juga yang walau sudah minum bergelas air tapi tetap masih merasa haus juga.Apa yang penting sebagai seorang ibu yang menyusukan anak harus la banyak minum air untuk kesihatan tubuh kita juga. Jangan tunggu sampai terlalu haus baru nak minum air pulak ya, takut lain pulak yang jadi...


Thursday, 7 February 2013

Tips Rumahtangga Bahagia

19 TIPS SUAMI ISTERI HARUS BACA!

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.


Tuesday, 5 February 2013

Suami itu acuan isterinya

" Terdidiknya seorang ISTERI itu apabila BAIKnya seorang SUAMImaka apabila BAIKnya seorang SUAMI itu, BAIK jugalah ISTERInya..Apabila SOLEHnya SUAMI itu maka SOLEHAH lah juga ISTERInya, SUAMI itu sebagai ACUAN buat ISTERInya "~♥ (,^^(^^,) ♥~

Monday, 4 February 2013

Ruangan Informasi

CO-SLEEPING ASUHAN POSITIF

Co-sleeping atau tidur bersama anak banyak manfaatnya kepada ibu dan anak. Sebagai salah satu metode asuhan semula jadi, co–sleeping perlu diamalkan oleh semua ibu bapa tanpa ragu-ragu. Tidur adalah rutin harian yang amat penting di dalam kehidupan anak di mana ia otaknya akan berkembang ketika mereka sedang lena. Badan juga dalam keadaan rehat sepanjang tempoh tidur yang mengambil masa lapan hingga sembilan jam sehari bagi bayi peringkat usia kurang dari setahun. Kurang tidur mengakibatkan sistem keimunan menjadi lemah dan proses tumbesaran terganggu. Co-sleeping atau tidur sekatil dengan anak adalah idea terbaik agar keluarga yang sejahtera dapat dibentuk dengan cara yang lebih alami.Kenapa co-sleeping disarankan?

1. Menggalakkan penyusuan susu ibuBayi yang tidur bersama dengan ibunya akan lebih mudah disusukan. Hal ini kerana kedudukan bayi yang lebih dekat dengan ibunya. Pada bulan-bulan pertama, si kecil akan kerap terjaga untuk menyusu. Co-sleeping akan membantu ibu menyusukan bayi dengan lebih mudah tanpa perlu banyak bergerak dan turun dari katil. Ia malah mudah untuk lena semula setelah kekenyangan.
2. Mencegah SIDS (Sindrom Kematian Bayi Mengejut)Dengan mempraktikkan co-sleeping, ibu bapa akan sentiasa memantau posisi tidur anak. Risiko berlakunya SIDS sering kali disebabkan oleh kelalaian ibu bapa dapat dikurangkan kerana ibu bapa yang mengamalkan co-sleeping lebih kerap tersedar untuk menyusukan atau menukar lampin.
3. Berasa lebih selamatAnak anda akan berasa lebih selamat kerana dikelilingi ibu dan ayahnya ketika tidur. Ini menjamin kualiti tidur yang lebih baik.Ibu dan bapa juga tidak perlu risau keadaan anak kerana anak berada di depan mata.
4. Hubungan rapat ibu dan anakKajian menunjukkan keluarga yang mengamalkan co-sleeping akan mempunyai hubungan yang rapat, mesra dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain.
5. Membentuk karakter anak yang lebih kukuh Co-sleeping baik untuk pembentukan karakter anak. Kajian menunjukkan anak lelaki yang tidur bersama ibu bapanya daripada lahir sehingga usia lima tahun mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi berbanding rakan-rakannya yang lain. Bagi anak perempuan pula, mereka dikenal pasti lebih berfikiran terbuka peka dan berempati pada persekitaran.
6. Anak mempunyai kelakuan yang lebih positifKajian juga menunjukkan anak-anak yang mengamalkan co-sleeping akan lebih positif dan mendapat penilaian yang lebih tinggi di sekolah. Malah kajian bertajuk Nonreactive Co-sleeping and Child Behavior: Getting a Good Night's Sleep All Night Every Nightyang dilakukan kan oleh Heron, 1994 menunjukkan anak-anak yang tidak mengamalkan co-sleeping agak sukar dikendalikan, kurang gembira, lebih mudah mengamuk dan sukar didekati.
7. Mengurangkan masalah kesukaran untuk tidur bagi anakCo-sleeping dapat membantu ibu bapa menyelesaikan masalah anak susah untuk tidur dengan mengajak anak tidur bersama-sama.
8. Memberikan kepuasan mendidik dengan lebih tinggi dalam mendidikCara asuhan ini akan memberikan tahap kepuasan yang lebih tinggi kepada ibu bapa. Hal ini kerana ibu bapa dan anak sentiasa bersama-sama dan tahu perkembangan anaknya daripada masa ke semasa.
9. Ibu bapa lebih sensitif dengan keperluan anakCo-sleeping menjalinkan hubungan erat antara ibu bapa dan anak. Ini akan memberikan rasa sensitif kepada ibu dan bapa untuk memenuhi keperluan si manja mereka.
10. Lebih selamat daripada katil bayiKetahuilah co-sleeping adalah lebih selamat daripada menidurkan mereka di katil bayi. Hal ini kerana anda boleh memantau anak anda dengan lebih mudah dan mengelakkan SIDS.

DO & DON’TS
Jika anda mempunyai bayi kecil, jarakkan ia dengan kakak atau abangnya kerana mereka lebih cenderung untuk lebih lasak dan khuatir akan menyebabkan kecederaan pada bayi.Sentiasa letakkan bayi anda pada posisi berbaring untuk mengurangkan risiko SIDS.Pastikan kepala anak anda terbuka semasa tidur.Pastikan kepala katil anda tidak mempunyai bukaan yang boleh memerangkap kepala bayi anda.Pastikan tilam anda sesuai dengan selesa dalam bingkai katil supaya bayi anda tidak akan menjadi terperangkap di antara kerangka dan tilam.Elakkan meletakkan bayi di atas permukaan yang terlalu lembut untuk tidur seperti sofa bed yang empuk atau tilam air.Usah menggunakan banyak bantal dan selimut di atas katil. Gunakan hanya satu helai selimut untuk tidur.Hindari minum alkohol atau penggunaan ubat-ubatan atau dadah yang boleh membuatkan anda tidak sedar diri.

INFO Usia yang sesuai untuk memulakan tidur berasingan ialah pada usia lima tahun.
(Sumber: Majalah Pa&Ma September 2012)