Kandungan dan fungsinya
Alfalfa Complex ~ 31 khasiat dan fungsi alfalfa yang dapat dicarigali tetapi saya yakin masih banyak lagi khasiatnya yang kita tidak ketahui.
- Gastrik – anti toksin asli dan anti gas
- Alahan/Alergi – membuang racun daripada badan
- Asma – membuang racun daripada badan.
- Gout – mengurangkan sakit-sakit sendi.
- Mengatasi sakit sendi –
- Buah pinggang – memproses toksin dan racun keluar.
- Serangan jantung (arteri koronari tersumbat)
- Strok
- Tekanan darah tinggi
- Aneurysm (arteri menggelembung seperti belon. Ini boleh berlaku kerana tekanan darah tinggi yang menyebabkan dinding arteri darah jadi lemah seterusnya boleh mengakibatkan organ-organ pecah dan pendarahan (hemorrhage)
- Congestive Heart Failure (jantung gagal pam darah keluar, darah terkumpul dalam urat dan tisu bengkak [edema])
- Angina (otot-otot jantung tidak terima bekalan darah yang cukup, dada dan bahu kiri boleh sakit. Alfalfa mengurangkan penyerapan semula [reabsorption] kolesterol dalam sistem penghadaman serta kajian telah menunjukkan kolesterol tidak baik [LDL] mampu dikurangkan tanpa mengurangkan paras kolesterol baik [HDL])
- Mengurangkan paras kolesterol
- Mengelakkan pembinaan plak dalam darah (reverse plaque built up) dalam arteri.
- Pengurangan bera tbadan – sebab ia fiber dan lebih 40 zat nutrien serta merangsangkan penyerapan nutrien.
- Membersihkan usus – menyahtoksin bahan pewarna, pengawet dan perasa yang kebanyakan kita gunakan dalam masakan.
- Gangguan prostat
- Pundi kencing
- Anti ulser
- Anti arthiritis - membantu penghadaman lemak kerana kaya dengan klorofil
- Anti diabetes
- Mencuci saluran darah – mengurangkan pembentukan plak ateroklerosis.
- Melegakan Fluid retention – bengkak air.
- Megurangkan kolesterol - mengandungi Saponins iaitu serat bagi menyerap keluar Kolesterol
- Bisa-bisa/sejuk2 kaki
- Keputihan (wanita)
- Jerawat
- Keserian wajah
- Milk booster
- Menguatkan otot vagina
- Memejalkan payu dara
- Membentuk kolagen
- Memperbaiki Simptom pendarahan
- Peningkatan Sistem Imun
- Memerangi Kanser
- Mencantikkan Kulit
- Memperbaiki Insomnia
- Mengekalkan Kolestrol Sihat
B-Complex ~ Mengandungi 8 vitamin (B1,B2,B3,B5,B6,B12), asid folik dan biotin seperti dalam RDA. 9 manfaat utamanya:
- Menukar makanan kepada tenaga
- Melawan tekanan
- Membantu tumbesaran
- Membantu kesihatan kulit kepala dan rambut
- Baik untuk mata
- Mencegah anemia
- Meredakan sengugut
- Mencegah perlcche (kerekahan mulut, jangkitan lidah, nafas berbau)
- Detoksifikasi
Vita-lea ~ multivitamin dan mineral yang mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada buah dan sayur-sayuran, 12 vitamin dan 7 mineral, komprehensif dan seimbang. Terdapat 6 manfaat utamanya:
- Penambahan tenaga segera
- Pelengkap nutrisi
- Keupayaan sistem produktif
- Stimulasi metabolisma dan awet muda
- Elemen pertumbuhan sel tubuh(rambut,kulit,gigi,otot,kuku,hormon)
- Melindungi organ
Ostematrix ~ Mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium,fosforus,vitamin D,zinc,kuprum,manganes dan boron. 7 manfaat utamanya:
- Menguatkan tulang
- Memperbaki kekejangan dan kebas-kebas
- Mereda dan meringankan stres
- Memperbaki masalah haid
- Pengalkalian tubuh
- Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik
- Vitamin D
ESP ~ Mengandungi "non-GMO" (non-Genetically Modified Organism), diproses pada kadar suhu rendah dan daripada 30kg kacang soya yang memberikan sumber tenaga segera dan bertahan lama. Menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Kaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral, sangat sesuai dengan semua peringkat umur. Pesakit kencing manis juga boleh menimatinya kerana kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39. Terdapat 7 manfaat utamanya:
- Awet muda
- Baik untuk hormon
- Baik untuk prostat
- Kulit remaja (anti penuaan,menganjal & memejalkan otot & kulit)
- Pembekal tenaga dan mencegah migrain
- Membaiki pigmentasi
- Membaiki memori dan ransangan
Bercerita mengenai produk tanpa testimoni@bukti daripada pengguna memang seperti bercakap kosong. Seperti anda, saya juga tidak ambil pusing dengan produk-produk yang seperti cendawan tumbuh sekarang ni..lebih-lebih lagi di media-media television, di dada-dada akhbar ada menyentuh berkenaan produk yang diharamkan, yang membawa kesan sampingan sehingga membawa maut dan sebagainya, lagi la saya takut nak try. Kalau setakat sapu-sapu tu saya boleh terima lagi tapi kalau bab makan memang saya akan elakkan..
Nak jadikan kisah saya berkenalan dengan SHAKLEE ni kerana saya tertarik dengan testimoni pengguna yang mengambil set 3M di mana susunya keluar macam air pancut walaupun baru pertama kali melahirkan dan menyusukan bayinya. Nak tau kenapa saya tertarik dengan kata-kata tu?
Pada Mac 2010 saya melahirkan bayi sulong saya dan pada ketika itu memang saya berhasrat untuk BF sepenuhnya walaupun saya bekerja. Tetapi sayangnya selain tiada ilmu untuk menyusukan, susu saya juga tidak banyak seperti yang diharapkan ditambah lagi dengan bayi yang tidak mahu direct feed kerana masalah puting pendek dan leper lagi menyukarkan pemprosesan susu, kerana melalui hisapan dan sedutan itulah yang akan meransang milk glands. Walaupun boleh menggunakan pam, tetapi ia tetap tidak banyak membantu saya. Setiap perahan selama beberapa jam cuma 1oz sahaja hasilnya. Dah bermacam-macam cara & ubat saya amalkan dan akhirnya terpaksa juga saya mengalah pada susu fm, dengan termosnya, tin susunya, air suamnya..penuh satu bakul dah macam nak pergi berkelah je..mil pulak kutuk anak dia enam orang tapi tak macam saya yang setiap kali keluar ke mana-mana, penuh barang satu kereta..sampai nak tumpang pun tak boleh..huhu..
Pada awal 2012 saya hamil anak kedua, dan ini menimbulkan keinginan yang tinggi untuk Fully BF tambah lagi saya pun dah jadi surirumah sepenuh masa lagi la patut saya fully bf . Tapi pada masa tu saya belum tahu berkenaan set 3M ini hinggalah kandungan berusia 7 bulan, melalui hasil carian di google & facebook terbacalah saya berkenaan set 3M ni. Memang harganya mengeboomkan tapi saya nak cuba jugak, mana tahu ada rezeki anak saya kali ni. Buat permulaan saya beli set berpantang trial pack (harga mampu milik) cukup untuk empat puluh hari..ada B-Complex, Vita-lea, Zinc & vit C saya plus dengan ESP. ESP tu saya minum ketika hamil dan sambung sehinggalah melahirkan terus saya ambil set berpantang tu..dan Alhamdulillah, hasilnya memang memberansangkan..sekali pam dapat 6oz mana tak seronok..boleh buat stok lagi..merasa la nak penuhkan freezer dgn EBM, nak rendam susu ngan air panas, paling best masa baby nyonyot..rasa dekaaat di hati..^_^
Ni lah set berpantang yang saya ambil plus ESP, sangat sesuai untuk bersalin cara normal ataupun c-zer. Luka cepat sembuh, badan cergas & tidak letih.
Tapi jangan salah tafsir pasal supplemen ni..ia cuma membantu ibu untuk sihat, untuk mendapat nutrisi yang lengkap..kalau ibu sihat, nutrien cukup secara tak langsung susu ibu itu sendiri akan terhasil tapi untuk merealisasikannya memang banyak dugaan seperti stress, malas nak pam, kurang minum air, feed baby bila baby tu nak je..baby tido mummy pun tido gak..baby dah bangun mummy tak bangun-bangun gak..huhu..ini semua punca-punca susu merudum walaupun tak pernah miss telan supplemen..ambillah apa-apa supplemen pun tapi kalau ada sikap & sifat di atas memang takkan menjadi..jadi jangan salahkan supplemen ye..supplemen tu tak de magic, leh buat silap mata..kena istiqomah, rajin, nekad & muhasabah diri k..
Tips Banyakkan susu Badan
# Susukan bayi sejurus sebelum anda ke tempat kerja dan sebaik sahaja anda sampai dari tempat kerja.
# Bertenang. Tekanan/stress dapat mempengaruhi kebolehan semulajadi badan anda untuk mengeluarkan susu ibu. Lupakan tekanan di tempat kerja, tarik nafas dalam-dalam untuk mendapatkan kerehatan.
- Amalkan pada Prinsip, Masalah di tempat kerja tinggalkan sahaja sebaik sahaja melangkah keluar dari pintu pejabat. Di rumah, kitalah isteri dan ibu yang diperlukan oleh suami dan anak-anak.
# Pilih tempat yang senyap dan sesuai untuk mengepam.
# Gunakan double pump untuk memerah susu badan. Ia mempengaruhi penghasilan hormon prolaktin anda.
# Tambahkan sesi mengepam dalam sehari.
# Pam sekurang-kurangnya 2-3 kali sepanjang hampir 12 jam di tempat kerja.
# Ambil cuti yang bersambung dgn hujung minggu jika kuantiti susu sangat sedikit
# Tidur tengahari sebentar (5-10 minit) sebelum memerah susu.
# Bawa foto/audio/video bayi ketika mengepam.
- Sentiasa merenung gambar@wajah baby. Sangat cepat mencapai let down refleks dan boleh dapat berkali-kali.
# Elakkan pil perancang dengan kandungan estrogen sahaja.
- Tak pernah ambil.
# Jaga pemakanan anda dan kesihatan anda.
- Sedang cuba dan sentiasa mencuba seboleh mungkin.
# Jangan terlalu memikirkan kuantiti susu yang akan dapat anda hasilkan.
- Kadang2 fikir jugak. Terutama membanding2kn hasil semasa susu tengah meriah dulu dengan susu yg dah merudum sekarang. Tapi sangatlah tak elok sebenarnya. Ia akan melemahkan semangat kita. Lebih baik menganggap ia adalah flow penyusuan yg sentiasa ada pasang dan surutnya.
Jika mengepam di rumah:
# Perah susu selepas selesai menyusu bayi.
- Bab ni memang saya kurang skit. Susu tak pernah dapat banyak tiap kali pam selepas anak selesai menyusu. Mungkin jugak sbb saya tak praktiskan dari dulu, sejak mula2 mengumpul stok susu.
# Pam di sebelah payudara satu lagi ketika anda menyusukan bayi.
-Bab ni saya jarang-jarang buat tunggu baby dah kenyang n stop baru sambung pam.
# Lastly, yang ni petua saya sendiri hasil dari pembacaan di lain2 forum/blog. Iaitu sebelum mengepam seeloknya gentel dahulu nipple secara perlahan. Bagus untuk merangsang pengeluaran susu dan lebih cepat mencapai let down refleks.
(1) Pastikan anda sentiasa gembira untuk meningkatkan hormon OKSITOSIN
(2) Kerapkan penyusuan samada melalui direct feeding mahupun pumping untuk meningkatkan hormon PROLAKTIN
Diagram di bawah untuk memudahkan anda paham kaitan antara kedua-dua hormon ini. Jika anda perasan, bila anda melakukan sesuatu yang yang menggembirakan hati atau makan sesuatu yang anda suka, pasti susu akan bertambah.
Jadinya janganlah STRESS...BE POSITIVE and KEEP SMILING.
Happy breastfeeding ^_____^
Begini kitarannya:
No comments:
Post a Comment