Untuk kanak-kanak membesar secara normal, makanan memainkan peranan yang penting. Oleh itu, ibu bapa perlulah tahu apa yang diperlukan oleh anak-anak mereka. Bagi membantu ibu bapa, bersama-sama ini disenaraikan lima perkara penting tentang keperluan pemakanan anak yang ibu bapa perlu tahu.
1.      Khasiat pemakanan daripada sumber semula jadi
Setiap makanan yang berbeza membekalkan khasiat pemakanan yang berbeza. Memberi anak makanan pelbagai jenis dalam satu-satu masa mampu membekalkan kalori, lemak, vitamin dan mineral untuk tumbesaran anak seterusnya memastikannya sentiasa sihat. Kanak-kanak memerlukan kalsium yang tinggi iaitu kira-kira 800mg sehari. Oleh yang demikian, mereka perlu makan makanan yang kaya kalsium seperti susu, keju dan dadih. Buah-buahan dan sayur-sayuran pula membekalkan vitamin A dan C. Untuk mendapatkan zat besi dan protein secukupnya, anak anda mesti mengambil daging dan kekacang. Selain itu, produk bijirin seperti roti dan bijirin sarapan pagi juga menyumbang ke arah peningkatan bekalan zat besi dan folat yang diperlukan oleh kanak-kanak.
2.      Jangan sekat anak makan
Kanak-kanak perlukan lemak secukupnya supaya mereka dapat membesar dengan sihat dan mengekalkan tenaga pada tahap yang tinggi. Ketika memberi anak makan, tidak perlulah anda beri dia  makanan yang rendah kalori. Misalnya, susu. Berilah anak minum susu penuh krim dan bukan yang rendah lemak melainkan atas arahan doktor. Secara umumnya, kanak-kanak perlukan 30% kalorinya daripada lemak. Tetapi biarlah makanan berlemak yang sihat. Ada sesetengah parents mengambil langkah mudah dengan menyediakan makanan segera untuk anak mereka. Ini adalah tindakan yang salah sekaligus merisikokan kesihatan anak anda.
Kebanyakan garis panduan keperluan khasiat pemakanan kanak-kanak bagi yang berusia di antara 1 hingga 3 tahun, mencadangkan agar mereka mengambil di antara 1000 hingga 1300 kalori setiap hari. Pakar pemakanan juga menyarankan agar kanak-kanak mendapat 16gm atau lebih protein setiap hari. Walau bagaimanpun, keperluan ini boleh berubah sekiranya anak anda terlalu kurus atau terlebih berat badan.
3.      Pentingnya vitamin
Bagi memastikan perkembangan serta tumbesaran anak berada pada tahap normal, anda perlu peka tentang vitamin dan mineral yang diambilnya. Pakar pemakanan mencadangkan kanak-kanak mengambil 40mg vitamin C, 400mikrogram vitamin A, 10mg zat besi, 10mg zink dan 50 mikrogram folat setiap hari.
4.      Tambah saiz hidangan
Walaupun anda mahu memastikan anak diberi makan berdasarkan keperluan pemakanan mereka yang telah digariskan, kuantiti makanan yang diambil oleh anak perlulah mengambil kira banyak aspek. Kuantiti makanan yang diambil oleh kanak-kanak ialah di antara ¼ hingga 1/3 saiz makanan orang dewasa. Selain itu, ramai juga kanak-kanak tidak suka makan tiga kali sehari. Sebenarnya, selagi anak anda mendapat cukup kalori untuk perkembangan mereka, anda tidak perlu risau.
5.      Bahaya kurang khasiat pemakanan
Sekiranya anak anda tidak dapat memenuhi keperluan nutrisi hariannya, dia mungkin berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan. Kanak-kanak boleh mendapat anemia sekiranya zat besi yang diambilnya tidak cukup. Kanak-kanak yang menghidapi anemia mudah rasa letih dan pucat. Selain itu, jika seseorang kanak-kanak itu kekurangan zink, deria akan terganggu. Akibatnya, mereka hilang selera makan. Sekiranya anak anda tidak makan dengan betul, perkembangan dan tumbesaran mereka turut terjejas.

Lebih teruk lagi jika kanak-kanak itu jenis yang memilih makanan dan melebihkan memakan makanan yang tidak berkhasiat seperti gula-gula, snek ringan & makanan segera. Seperti kita sedia maklum ketiga-tiga pilihan di atas membawa kesan buruk kepada kanak-kanak seperti kerosakan gigi, obesiti  dan fungsi jantung menjadi lemah kerana kandungannya terdiri daripada karbohidrat dan lemak yang tinggi, menyebabkan kanser kerana menggunakan minyak yang sama berulangkali. Silap haribulan akan menghidap penyakit Kencing Manis, Darah Tinggi & Kegagalan Buah pinggang di usia yang masih muda. Kasihan kan? Di next entry saya akan mengupas keburukan makanan ringan.

Bagi mengelakkan anak anda kehilangan mineral2 & khasiat pemakanan serta dapat menarik kembali minat mereka terhadap pemakanan yang sihat adalah dengan mengambil langkah yang bijak seperti memberikan mereka supplimen sampingan seperti Scotts Emultion, Appeton & Meal Shakes. Saya memilih Meal Shakes daripada Shaklee. Mengapa & Apakah Meal Shakes?

  • menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian.
  • Diperbuat daripada bahan semulajadi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu). Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa.
  • mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.
  • dihasilkan untuk semua golongan bayi, pelajar, kanak-kanak membesar, ibu mengandung, para atlet, vageterian, orang sakit, orang yang sibuk bekerja hingga mengabaikan waktu makan mereka dan kepada penggemar makanan ringan/segera
  • merupakan sarapan pagi yang penuh berkhasiat

Manfaat Utama Meal Shakes:
  • Nutrisi lengkap - menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.
  • Membekal Nutrisi kepada Sel Tubuh - kaya dengan protin tanpa laktosa, membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dll.
  • Membantu Tumbesaran - mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses tumbesaran.
  • Anti-Oksida - mengandungi vitamin A, C, E, Zink, selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
  • Mengembalikan Seri Wajah - mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang cantik.
  • Detoksifikasi - kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
  • Rasa yang Lazat - Minuman yang lazat diambil bersama fruktos semulajadi; penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat dinikmati semua golongan.

Hanya 2 sudu besar Meal Shakes (120 kalori bagi setiap hidangan) boleh dicampur bersama jus buah-buahan@ESP@Performance dapat memberikan kelegaan pada perut dan anda tetap bertenaga walaupun dengan perut kosong. Disediakan panas@sejuk.