Sunday 26 May 2013

Set IQ, Kesihatan Dan Kenali Jenis Kecerdasan Anak Anda


Set IQ dan Kesihatan Kanak-kanak


CHI

PELABURAN UNTUK ANAK ANDA.....

Di entry sebelum ni saya telah memilih Meal Shakes sebagai jalan penyelesaian bagi masalah anak-anak yang picky eater atau tiada selera makan. Kali ini saya ingin kupas berkenaan bagaimana caranya untuk meningkatkan kecerdasan IQ dan memelihara kesihatan anak anda.

Jom saya perkenalkan dulu fungsi Set IQ dan Kesihatan Kanak-kanak ni:


1-Mealshake-French vanilla(544g)
~Meal Shake~Sesuai utk anak2 yg picky eater, sembelit, ekzema dan sering sakit.-Meal Shakes merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic.-pemakanan yang lengkap dgn multivitamin- Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain.- Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat. Pilihan protein soya terbaik anda.
2-Omega guard(90 capsules)
~ OMEGA GUARD ~
-Penting untuk perkembangan fungsi otak & keupayaan retina(mengoptimakan penglihatan untuk proses berfikir dan melihat)
- Menapis segala virus dan bacteria drp badan
-Untuk sistem imun badan,membaikpulih sel, sistem percernaan dan mengawal suhu badan
-Minyak ikan terbaik dunia yang menggunakan penyulingan molekul 3 peringkat yang sangat eksklusif di bawah suhu rendah yang terjaga.
- Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak Omega-3 yang asli dan menghilangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium.
Namun, kenapa kita masih perlu ambil fish oil dalam bentuk kapsul?

  •  Ikan2 laut mengandungi merkuri yang tinggi disebabkan oleh pencemaran. Jadi ia memberikan kesan yang tidak baik kepada kesihatan.
  • Kita memasak ikan dalam suhu tinggi yang boleh merosakkan khasiat minyak ikan itu sendiri.

3-Chewable vitamin C 100MG(90 tablets)
~CHEWABLE VITAMIN C-
-Menguatkan Fungsi Imunisasi
-Tubuh badan anda boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C.
-Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
-Membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat
-Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
-Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan.
4-Vitalea for Children(Chewable)(65 tablets)
~VITALEA FOR CHILDREN
~Merupakan vitamin yang baik untuk kanak-kanak
-Menyediakan 19 vitamin dan mineral penting
-Sumber kalsium untuk pembinaan tulang-Baik untuk kesihatan
-Sumber harian tambahan bagi vitamin B.
5-Nutriferon
~NUTRIFERON
-Meningkatkan sistem imun
-Melawan kanser dan tumor
-Melindungi dari influenza
-Meringankan stres dan kelesuan



Setiap ibubapa suka dan gembira tak kurang juga wujud rasa bangga sekiranya melihat prestasi anak yang sihat, lebih bijak, cerdas & petah bercakap daripada kanak-kanak seusia dengannya, tetapi adakah semua kanak-kanak itu mempunyai tahap kesihatan dan kecerdasan IQ yang sama? Bagaimana pula untuk meransang kedua-dua faktor ini?

Setiap kanak-kanak dilahirkan berbeza-beza dari segi rupa, karektor dan tahap kecerdasan IQ dan kesihatannya. Ini bergantung kepada genetik, tahap ransangan & pemakanan yang diterima ketika masih berada di alam rahim dan selepas kelahirannya. Bagi kita yang beragama Islam digalakkan membaca surah-surah:

Surah Al-Fatihah - untuk terang hati dan kuat ingatan.
Surah Maryam - untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
Surah Luqman - untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah Yusuf - untuk memperoleh anak cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah Hujurat - untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
Surah Yassin - untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah At-Taubah - untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
Surah An Nahl - untuk melahirkan anak yang berdisplin.

Bagi saya, selain mengamalkan surah-surah di atas..suka saya membaca keseluruhan surah di dalam Quran untuk ketenangan jiwa, lebih-lebih lagi ketika hamil kita perlu banyak bersabar. Ketika hamil banyak perkara yang remeh akan mengundang kemarahan mungkin juga kerana pembawakan budak, keletihan, sensitif dan sebagainya. Dengan mengamalkan membaca Al-Quran, jiwa kita akan lebih tenang secara tak langsung dapat mengelakkan fikiran kita dari memikirkan perkara yang buruk.

Selain itu, dengan mengamalkan pengambilan supplemen juga amat membantu pertumbuhan janin yang sihat, cerdas dan pintar.



Apakah itu kecerdasan dan bagaimana untuk meransangnya? Dan apa pula kategorinya?

Kecerdasan merupakan sesuatu kebolehan menguasai sesuatu perkara dengan cepat, dan memahami perkara yang kompleks. Terdapat pelbagai jenis kecerdasan yang dimiliki oleh
seseorang seperti kecerdasan bahasa, muzik, pergerakan, visualisasi dan lain-lain. Setiap individu yang memiliki kecerdasan ini mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu. Individu ini mempunyai kecenderungan untuk mengembangkan bakat atau kebolehan yang mereka perolehi sekiranya dilatih dan diasah dengan cara yang betul, Walau bagaimanapun, kecerdasan ini tidak akan menyerlah sekiranya ia tidak digilap atau dibiarkan mati tanpa tunjuk ajar yang seharusnya.

Di negara kita, individu yang memiliki sesuatu kecerdasan jarang ditemui dan diiktiraf kemampuan mereka kerana kita tidak didedahkan dengan ilmu mengenai ilmu pintar cerdas. Secara amnya, terdapat tujuh jenis kecerdasan yang mungkin dimiliki oleh seseorang. Individu yang memiliki kecerdasan sesuatu bidang akan menunjukkan kecemerlangan dalam bidang tersebut. Penghargaan boleh dilakukan bagi menggalakkan perkembangan individu tersebut.

Apa itu Kecerdasan?
Kalau dalam kamus, kecerdasan bermaksud kesempurnaan akal (untuk berfikir, mengerti, dan
lain-lain seperti kepandaian, kepintaran, kecerdikan). Ada pula melihat kecerdasan
sebagai komposit atau kombinasi ciri-ciri manusia termasuk keupayaan melihat hubungan
kompleks, iaitu ke semua proses yang melibatkan pemikiran abstrak, kebolehan menyelesaikan
masalah dan kebolehan mempelajari keupayaan yang baru. Ada yang mendefinisikan
kecerdasan sebagai akibat perkembangan dan hubungan antara corak genetik seseorang individu
dan peluang-peluang yang terdapat dalam persekitaranya.

Sebenarnya istilah ‘kecerdasan’ mula diperkenalkan oleh Sir Francis Galton dan beliau percaya bahawa kebolehan intelek seseorang adalah bersifat penurunan.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kecerdasan seseorang individu iaitu faktor warisan iaitu kecerdasan dipengaruhi oleh hubungan genetik. Selain itu, faktor persekitaran seperti susunan kelahiran, kelas sosial, amalan pemakanan, pendidikan dan latihan dan cara pengasuhan ibu bapa turut mempengaruhi kecerdasan seseorang individu itu.



JENIS KECERDASAN PELBAGAI

Terdapat lapan jenis kecerdasan yang diperkenalkan oleh Howard Gardner dan ke semua
kecerdasan yang diperkenalkan ini boleh dilatih dan dirangsang terhadap seseorang individu
melalui pelbagai kaedah yang boleh dilaksanakan.

1- KECERDASAN KINESTETIK
Kebolehan yang dimiliki oleh seseorang dalam menggunakan sebahagian atau keseluruhan
anggota badan untuk berkomunikasi atau menyelesaikan masalah. Selain itu, kinestetik juga
merupakan kecekapan menginteprestasikan pergerakkan anggota atau tubuh. Antara kaedah
yang sesuai untuk memproses idea baru ialah menghubungkan idea tersebut dengan pengalaman
yang lepas yang berkaitan dengan pergerakkan badan. Contohnya, menulis sesuatu perkataan
di papan putih dengan menggunakan pen maker adalah langkah yang terbaik untuk memastikan
seseorang itu lebih mengingat perkataan tersebut berbanding dengan menggunakan kaedah
mengeja. Badan manusia bukan sejenis mesin, amat berbeza daripada objek tiruan di dunia ini. Ia adalah saluran deria rasa seseorang individu, perasaan peribadi dan cita-cita, dan tidak ketinggalan entiti di mana orang lain bertindak balas secara unik berdasarkan kualiti kemanusiaan mereka yang tersendiri.

Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan kinestetik adalah mereka yang
berminat dengan aktiviti sukan dan fizikal yang cergas. Kebanyakkan mereka juga mempunyai
kebolehan dalam menggunakan bahasa badan lebih suka kepada aktiviti tarian dan lakonan.
Kecerdasan kinestetik ini dapat dilatih dalam kalangan pelajar melalui aktiviti bersukan dan
aktiviti kesenian seperti latihan menari. Kecerdasan ini boleh dilatih kepada seseorang individu
daripada sejak kecil lagi. Selalunya kita dapat melihat perkembangan utama dan potensi kecerdasan ini dalam kegiatan vokasional seperti pelakon, buruh binaan, atlit, penari, guru tari, ahli terapi fizikal dan sebagainya.

2-KECERDASAN INTERPERSONAL
Kecerdasan Interpersonal adalah berkait dengan rapat dengan emosi. Kecerdasan ini adalah
berkaitan dengan kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain.
Seterusnya, kecerdasan ini juga adalah kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang lain
secara praktikal seperti menggalakan murid-murid terlibat dalam sesuatu aktiviti. Kecerdasan interpersonal membantu kita bersosial dengan orang lain. Sebagai contoh, melibatkan murid-murid untuk melibatkan diri dalam program-program motivasi yang pengisiannya mempunyai slot yang memerlukan kerjasama berkumpulan. Aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan hubungan sosial murid tersebut.

Kecerdasan interpersonal membantu kita bersosial dengan orang lain. Hubungan sosial mula wujud ketika peringkat awal zaman kanak-kanak, zaman persekolahan dan sehinggalah memasuki alam pekerjaan. Kecerdasan interpersonal dimiliki juga penting kerana kemahiran ini melambangkan keperibadian seseorang itu. Biasanya, seseorang yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang kuat akan menjadi pemimpin dan pandai memberi nasihat. Oleh itu, mereka yang mempunyai kecerdasan yang kuat dalam interpersonal boleh dijadikan tempat rujukan dan pemberi nasihat.

Seseorang yang mempunyai kecerdasan interpersonal mempunyai keyakinan apabila bersuara,
mampu berdikari dan bijak dalam menyampaikan idea dan pendapat. Sebenarnya kecerdasan Interpersonal ini dapat dilatih melalui pergaulan antara individu yang berbeza umur, meminjamkan
mainan dan berkerjasama dalam membuat sesuatu permainan. Kebiasaanya kita hanya akan melihat perkembangan utama dan potensi kecerdasan ini di dalam situasi vokasional. Antara kerjaya yang melibatkan kecerdasan interpersonal adalah seperti guru, pakar terapi, ahli politik, pemimpin organisasi dan lain-lain.

3-KECERDASAN INTRAPERSONAL
Kecerdasan yang dimiliki oleh seseorang individu iaitu kebolehan seseorang mengenali diri
sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan terhadap diri sendiri, mempunyai kesedaran
terhadap perasaan dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan serta kemampuan untuk
mendisiplinkan diri dan jati diri. Kebolehan mengenali diri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat, kehendak termasuklah kemahiran yang menyebabkan seseorang itu mempunyai persamaan dan perbezaan dengan orang lain.

Kecerdasan intrapersonal yang dimiliki oleh seseorang individu dapat membantu individu tersebut menangani perasaan beradab sopan serta mengawal kemarahan dan kesedihan yang dihadapi dengan sebaiknya. Walaubagaimanapun, individu yang memiliki kecerdasan ini lebih suka bersendirian, suka kepada kesunyian dan suka bermonolog. Individu seperti ini juga sentiasa berwaspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu dan jika seseorang itu pelajar,
mereka lebih selesa belajar secara bersendirian dan suka termenung. Antara ciri-ciri pelajar yang
memiliki kecerdasan ini adalah seperti cenderung untuk mempamerkan kebolehan untuk
berdikari, lebih suka bersendirian untuk mengejar sesuatu matlamat, hobi atau sesuatu projek
serta mempunyai keperibadian yang tertutup.

Seterusnya, terdapat beberapa aktiviti yang boleh melatih kecerdasan interpersonal antaranya
ialah dengan menceritakan perasaan sendiri, keinginan, cita-cita, berkhayal dan mengarang
cerita. Antara kerjaya dan aktiviti yang melibatkan banyak kecerdasan intrapersonal adalah
seperti kaunselor kerohanian,ahli falsafah, juru meditasi, ahli psikologi dan lain-lain.

4-KECERDASAN LOGIK- MATEMATIK
Matematik adalah ilmu berkaitan kira-kira yang berkait dengan angka. Kecerdasan matematik
melibatkan individu yang pintar dalam penguasaan ilmu ini. Tahap perkembangan terawal sekarang yang kita panggil kecerdasan logika matematik ialah manipulasi dan permainan pelbagai jenis objek
konkrit dalam persekitaran fizikal dan keupayaan untuk mengenal pasti objek lazim dalam
gambar dan memilih objek tersebut keluar daripada gambar-gambar yang banyak mengandungi
objek lain yang tidak dikenali.

Individu yang memiliki kecerdasan ini adalah seseorang individu yang cemerlang dalam bidang matematik boleh bermain dengan angka dan tidak mudah keliru dengan masalah yang timbul dalam pengiraan matematik. Mereka juga sering memberi nilai, menghitung dan mencari penyelesaian secara tepat mengenai sesuatu perkara. Kebanyakan individu yang cemerlang dalam bidang matematik sering diberi perhatian oleh semua masyarakat dunia seperti Adiputra, Sufiah, Al- Khawarizmi, dan Einstein.

Individu ini mempunyai ingatan yang tinggi dan sering dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat. Kemahiran yang dominan dibahagian kiri otak membolehkan individu tersebut dapat berfikir secara konseptual
dan abstrak. Individu yang mempunyai berkeupayaan menyelesaikan masalah matematik kerana
mereka mampu atau berkeupayaan untuk menaakul secara deduktif. Individu ini lebih berminat
untuk melibatkan diri dalam permainan yang membolehkan mereka berfikir dengan aktif seperti
puzzle, penyelesaian masalah, catur, teka-teki dan pencarian formula baru. Kebanyakan individu
yang memiliki kecerdasan matematik ini cemerlang dalam bidang sains, ahli fizik, kejuruteraan
dan menjadi ahli matematik.

5-KECERDASAN VERBAL-LINGUISTIK
Kecerdasan verbal-linguistik merujuk kepada keupayaan dan kebolehan yang berkait dengan
penguasaan bahasa, kesusasteraan, pertuturan dan kemahiran menggunakan bahasa yang
kompleks.

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, verbal bermaksud lisan atau kata-kata, manakala
linguistik mempunyai dua makna iaitu kajian saintifik tentang bahasa atau sesuatu yang
berkaitan dengan bahasa. Seseorang yang mempunyai kecerdasan dalam bidang verballinguistik ini mampu memberi makna, mentafsir, mendalami sesuatu perkara yang tersirat di
dalam bahasa.

Seseorang yang mempunyai kecerdasan verbal-linguistik mampu memahami, bertutur, menulis pelbagai jenis bahasa dan mampu menguasai bahasa aisng dengan baik dan fasih. Selain itu, seseorang yang memiliki kecerdasan verbal-linguistik terdiri daripada golongan yang cemerlang pada peringkat persekolahan dalam bidang bahasa. Individu sering melibatkan diri dalam pertandingan berkaitan bahasa dan menonjolkan diri apabila bersuara. Mereka mempunyai kelebihan dalam berbahasa dan sensitif xkepada sesuatu perkara serta meminati ilmu falsafah dan isu-isu sosial.
Seterusnya, individu yang mempunyai kecerdasan linguistik kerap membaca serta mempunyai keinginan yang tinggi dalam pengetahuan am. Mereka juga suka membaca bacaan yang meluas dalam pelbagai subjek serta membaca dengan pantas. Selain itu, mereka mempunyai tatabahasa yang tinggi dan menggunakan tatabahasa yang baru dan unik.

Individu dengan kecerdasan ini sering menjadi peguam, ahli bahasa, ahli puisi, penulis atau ahli pidato yang sangat cemerlang. Tokoh bahasa yang cemerlang di negara kita adalah Tan Sri A. Samad Said, Osman Awang dan Za’ba.

6-KECERDASAN VISUAL-RUANG
Visual atau ruang adalah kecerdasan yang membolehkan seseorang individu melihat sesuatu
secara jauh dan mendalam. Individu yang mempunyai kecerdasan visual-ruang ini memiliki
keupayaan imaginasi yang tinggi dan mampu mencipta sesuatu yang kreatif atau baru serta sukar
untuk difikirkan oleh orang lain. Mereka mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau
buruk dan boleh mencipta cerita yang baik serta boleh menyatakan segala kebimbangannya
dengan jelas dan yakin. Selain itu, mereka ini juga mampu membuat andaian atau hipotesis
mengenai pelbagai perkara seperti tafsiran mengenai alam. Individu ini sering memberi
pandangan mengenai dunia, alam semesta dan persekitaran.

Golongan ini sering memberi persepsi yang unik dan berbeza terhadap sesuatu perkara. Seringkali, apa yang dilihat oleh mereka, berbeza dari pandangan individu normal seperti kita. Mereka juga mempunyai kebolehan mengubah persepsi dan pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara. Individu yang memiliki kecerdasan ini amat peka akan terhadap warna, garisan, bentuk, corak dan ruang yang terdapat disekeliling mereka.

Di samping itu, individu yang memiliki kecerdasan ini juga mempunyai keupayaan untuk berfikir secara tiga dimensi dalam bentuk gambaran dan bayangan serta amat berminat dalam penghasilan peta minda, carta, lukisan dan sebagainya. Kebolehan pelajar untuk menghubungkan konsep yang dipelajari dengan menggunakan peta minda, graf dan bentuk grafik yang lain memudahkan seseorang pelajar itu belajar mengenalpasti dan menghubungkait konsep. Kerjaya yang sesuai kepada individu yang memiliki kecerdasan ruang visual adalah seperti pembuat peta, pereka hiasan dalaman, arkitek, pereka landskap, juruseni dan sebagainya. Biasanya kita dapat melihat perkembangan utama dan potensi kecerdasan ini dalam kegiatan vokasional.

7-KECERDASAN NATURALIS
Kecerdasan naturalis melibatkan alam dan kepintaran yang berkaitan tentang keseluruhan alam.
Individu yang mempunyai kecerdasan ini adalah seorang yang sangat prihatin terhadap alam,
mempunyai sikap penyayang yang sangat tinggi. Selain itu, mereka juga mempunyai sikap ingin
tahu yang tinggi dan rasa empati terhadap semua benda hidup. Seseorang yang mempunyai
kecerdasan ini mampu membina sesuatu sistem baru, menjana idea yang berkait dan pandangan
yang jauh ke hadapan. Mereka juga mempunyai kebolehan dalam mengaitkan sesuatu perkara
mengikut urutan, membina klasifikasi atau kelas, menjelaskan dan menggabungkan konsep yang
diketahui. Individu yang memiliki kecerdasan ini sangat selesa apabila berada bersama alam
yang terbuka seperti pantai, hutan dan sebagainya atau mereka juga dikenali sebagai pencinta
alam. Mereka mudah terasa, sensitif atau peka apabila sesuatu isu yang berkaitan dengan alam
sekitar wujud.

Keberkesanan pembelajaran individu yang mempunyai kecerdasan ini dapat diwujudkan
melalui aktiviti pembelajaran di luar bilik darjah seperti membuat lawatan dan sebagainya.
Melalui penyiasatan praktikal seperti mengalami sendiri hasil pengetahuan tentang semuladi
melalui pelbagai jenis eksperimen. Antara aktiviti yang boleh merangsang kecerdasan ini dalam
kalangan para pelajar ialah seperti berkebun, memelihara binatang, memelihara tanaman dan
aktivi mendaki gunung. Antara kerjaya yang memerlukan kecerdasan jenis ini adalah seperti ahli
geologi, ahli biologi, pendaki gunung, petani, ahli botani dan kerjaya lain yang melibatkan sains.
Secara amnya, seseorang yang mempunyai kecerdasan naturalis ini hampir sama seperti pemikir
dan ahli-ahli falsafah yang telah Berjaya. Antara tokoh pemikir yang mempunyai kecerdasan ini
adalah Imam Al-Ghazali. Beliau merupakan seorang ilmuan Islam yang memiliki kecerdasan
naturalis, interpersonal, verbal-linguistik dan merupakan seorang tokoh yang amat berjaya dalam
kehidupan beliau.

8-KECERDASAN MUZIK
Muzik adalah gabungan atau kombinasi bunyi yang boleh menenangkan fikiran dan
mengurangkan stress. Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga, muzik adalah gubahan bunyi yang
menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan atau bunyi-bunyian. Kecerdasan
dalam bidang muzik melibatkan kepakaran dalam prestasi, komposisi, dan apresiasi terhadap
pola-pola muzik. Ini termasuk keupayaan untuk mengenali dan menyusun bola muzik, nada, dan
irama. Kecerdasan muzikal berjalan di struktur yang hampir sejajar dengan kecerdasan linguistik. Individu yang mempunyai kecerdasan ini mampu mendengar bunyi yang dihasilkan dan membezakan setiap note muzik yang didengari. Selain itu, mereka juga prihatin dan mempunyai suatu perasaan yang sukar digambarkan apabila mendengar bunyibunyi alam seperti jatuhan air terjun, aliran sungai, deruan ombak laut, kicauan burung deruan angin dan titisan hujan. Setiap bunyi yang dihasilkan adalah berbeza dan memberi perasaan yang berbeza apabila didengari. Individu yang mempunyai kecerdasan dalam bidang muzik sensitif kepada irama, pitch, melodi, nada suara, Kebolehan menilai setiap bunyi yang didengari menjadi satu anugerah apabila mereka mampu membawa genre muzik yang baru ke dalam industri hiburan tanah air.

Peranan muzik adalah luas kerana selain menghiburkan muzik juga digunakan sebagai
terapi kepada golongan bermasalah seperti gangguan mental, ADHD, autism, dan pelbagai
penyakit kronik melaui melodi dan irama yang didendangkan. Individu yang mempunyai
kecerdasan muzik ini mampu menghasilkan muzik yang baru, segar dan sedap didengar.
Kecerdasan ini boleh dirangsang terutamanya dalam kalangan kanak-kanak iaitu dengan
mempedengarkan muzik, bermain alat muzik, bernyanyi dan sebagainya manakala bayi dalam
kandungan juga dapat dirangsang dengan memperdengarkan muzik. Seseorang individu yang
mempunyai kecerdasan dalam bidang muzik sering berjaya menjadi selebriti yang terkenal
sebagai penyanyi, penggubah lagu, komposer, penulis lirik dan pengarah teater yang cemerlang.
Terdapat juga koreografer dan penari yang memiliki kecerdasan dalam bidang muzik.

9-KECERDASAN EKSISTENSIALIS
Kecerdasan eksitensialisis ini merupakan aliran falsafah yang fahamannya berpusat kepada kejadian dan kewujudan manusia, erti kehidupan, kematian dan juga realiti yang dihadapi oleh manusia dalam kehidupannya. Kebayakkan individu yang memiliki kecerdasan ini sering menimbulkan persolan yang berkaitan dengan nilai-nilai hasil pemerhatiannya terhadap persekitaranya. Persoalan yang ditimbulkan oleh mereka kadang kala tidak dapat ditimbulkan oleh individu biasa dan sukar untuk diterima. Individu seperti ini juga gemar dengan pembelajaran yang bermakna, membuat sintesis idea, perkaitan dengan kurikulum, sastera dan budaya. Individu yang memiliki kecerdasan ini memerlukan pengajaran melalui kaedah pengajaran terhadap kajian alam dan mengaitkan bahan dengan tema. Antara tokoh yang dikaitkan dengan kecerdasan ini adalah seperti Plato, Socrates dan Einstein.

Ok..dengan penjelasan yang panjang lebar di atas, saya harap anda semua dah dapat menilai dan meneka di mana dan kategori mana kecerdasan anak kita. Di bawah ini pula tahap perkembangan biasa anak dari 0-72 bulan.


Usia 0-3 bulan:
Mengangkat kepala setinggi 45 darjah
Menggerakkan kepala dari kiri/kanan ke tengah
Melihat dan menatap wajah Ayah Ibu
Mengoceh spontan atau bereaksi dengan mengoceh
Suka tertawa keras
Bereaksi terkejut terhadap suara keras
Membalas tersenyum ketika diajak bicara / tersenyum
Mengenal Ibu dengan penglihatan, ciuman, pendengaran, dan komunikasi

Usia 3-6 bulan:
Meniarap, terlungkup atau telentang
Mengangkat kepala setinggi 90 darjah
Mempertahankan posisi kepala tetap tegak dan stabil
Menggenggam pensil
Meraih benda yang ada dalam jangkauannya
Memegang tangannya sendiri
Berusaha memperluas pandangan
Mengarahkan matanya pada benda2 kecil
Mengeluarkan suara gembira bernada tinggi
Tersenyum ketika melihat mainan / gambar yang menarik saat bermain sendiri

Usia 6-9 bulan:
Duduk sendiri (dalam sikap duduk bersila)
Belajar berdiri, kedua kakinya menyangga sebagian berat badan
Merangkak dan meraih mainan
Mendekati seseorang
Memindahkan benda dari tangan kiri ke tangan kanan
Memungut 2 benda, memegang 1 benda pada saat yang sama di kedua2 tangan
Memungut benda sebesar kacang dengan meraup
Bersuara tanpa erti (seperti: mamama, dadada, tatata)
Mencari mainan / benda yang dijatuhkan
Bermain tepuk tangan / cilukba
Bergembira dan melempar benda
Makan sendiri

Usia 9-12 bulan:
Mengangkat tangannya ke posisi berdiri
Belajar berdiri selama 30 detik atau berpegangan di kerusi
Dapat berjalan dengan dituntun
Mengulurkan lengan / badan untuk meraih mainan yang diinginkan
Menggenggam erat pensil
Memasukkan benda ke dalam mulut
Mengulang@meniru bunyi yang didengari
Menyebut 2-3 suku kata yang sama tanpa erti
Mengeksplorasi sekitar
Ingin menyentuh apa saja
Memiliki rasa ingin tahu
Bereaksi terhadap suara bisikan
Senang bermain cilukba
Mengenal anggota keluarga, takut pada orang yang belum@tidak dikenali

Usia 12-18 bulan:
Berdiri sendiri tanpa pegangan
Membongkok untuk memungut mainan kemudian kembali berdiri
Berjalan mundur 5 langkah
Memanggil ayah dengan papa dan Ibu dengan mama
Menumpuk 2 kubus
Memasukkan kubus ke kota
Menunjuk apa yang diinginkan tanpa menangis / merengek
Dapat mengeluarkan suara yang menyenangkan
Dapat menarik tangan Ibu
Memperlihatkan rasa cemburu atau bersaing

Usia 18-24 bulan:
Berdiri sendiri tanpa berpegangan selama 30 detik
Berjalan tanpa terhuyung2
Bertepuk tangan, melambai2
Menumpuk 4 kubus
Memungut benda kecil dengan ibu jari atau jari telunjuk
Menendang bola ke arah sasaran
Menyebut 3-6 kata yang memiliki erti
Membantu / meniru pekerjaan rumah tangga
Memegang cangkir sendiri
Belajar makan dan minum sendiri

Usia 24-36 bulan:
Jalan menaiki tangga sendiri
Dapat bermain dan menendang bola kecil
Mencorat-coret kertas
Bicara dengan baik, menggunakan 2 kata
Dapat menunjuk 1 atau lebih bahagian tubuh ketika diminta
Melihat gambar dan dapat menyebut dengan benar nama 2 benda atau lebih
Membantu memungut mainannya sendiri
Membantu membawa suatu benda ketika diminta
Makan nasi sendiri tanpa banyak tumpah
Membuka pakaiannya sendiri

Usia 36-48 bulan:
Berdiri pada satu kaki selama 2 detik
Melompat dengan kedua kaki diangkat
Mengayuh basikal roda 3
Menggambar garis lurus
Menupuk 8 kubus
Mengenal 2-4  warna
Menyebut nama, umur, tempat
Mengerti arti kata di atas, di bawah, di depan
Mendengarkan cerita
Mencuci dan mengeringkan tangan sendiri
Bermain dengan teman, mengikuti aturan permainan
Mengenakan kasut sendiri
Mengenakan seluar panjang, kemeja, baju

Usia 48-60 bulan:
Berdiri pada satu kaki selama 6 detik
Melompat dengan kedua kaki diangkat
Mengayuh basikal roda 3
Melukis garis lurus
Menupuk 8 kubus
Mengenal 2-4  warna
Menyebut nama, umur, tempat
Mengerti erti kata di atas, di bawah, di depan
Mendengarkan cerita
Mencuci dan mengeringkan tangan sendiri
Bermain dengan teman, mengikuti aturan permainan
Mengenakan kasut sendiri
Mengenakan seluar panjang, kemeja, baju

Usia 60-72 bulan:
Berjalan lurus
Berdiri dengan satu kaki selama 11 detik
Melukis 6 bahagian tubuh
Melukis orang lengkap
Menangkap bola dengan kedua tangan
Melukis segi empat
Mengerti lawan kata
Mengerti pembicaraan yang menggunakan 7 kata atau lebih
Menjawab pertanyaan tentang benda diperbuat dari apa dan kegunaannya
Mengenal angka, boleh menghitung angka 5 - 10
Mengenal warna-warni
Mengungkapkan simpati
Mengikuti aturan permainan
Berpakaian sendiri tanpa dibantu




Psst!! JOM ORDER SET IQ & KESIHATAN ANAK hari ni..Kesihatan dan kercergasan badan & otak anak2 bermula dengan pemakanan yang sihat..^_^

Tuesday 14 May 2013

Kepentingan Sarapan Pagi


Kepentingan Sarapan Pagi Kepada Kanak-kanak dan Orang Dewasa


Kepentingan mengambil sarapan sering diperkatakan kerana ia hidangan penting untuk 
memulakan aktiviti harian. Namun, berapa ramai pula di kalangan kita yang menganggapnya 
penting dan bersarapan setiap pagi? Tahukah anda selain memberi kebaikan pada tubuh dan 
minda, kajian dalam Jurnal Epidemiologi America pada 2003 menunjukkan bahawa mereka 
yang tidak mengambil sarapan adalah 4.5 kali lebih berisiko mengalami obes berbanding mereka 
yang bersarapan. 


Mengapa anda perlu mengambil sarapan pagi? Semalaman anda telah menghabiskan masa untuk tidur 
tentulah perut menjadi kosong dan tubuh badan kekurangan air apabila anda bangun di pagi hari. 
Ini bermakna anda telah terhidrat, kandungan gula di dalam darah juga menjadi rendah dan ini bermakna 
tubuh badan mempunyai tenaga yang sedikitit, tidak ada apa-apa zat yang melalui badan kita. Perkara yang 
sama juga terjadi kepada anak anda. 

Sarapan pagi yang berkhasiat penting untuk membantu anak supaya dapat memberi sepenuh tumpuan 
dan fokus di dalam aktiviti seharian. Yang dipentingkan di sini adalah aktiviti perkembangan minda 
dan sahsiah anak. Dengan bersarapan pagi dapat mencergaskan minda jika dijadikan sebagai 
rutin harian yang penting untuk kehidupan yang lebih berkualiti.


“Banyak kajian menunjukkan bahawa sarapan adalah hidangan paling penting setiap hari. Bukan saja 
ia mampu memberikan tenaga untuk memulakan hari baru, tapi turut dikaitkan dengan banyak 
kebaikan kesihatan termasuk mengawal berat badan serta meningkatkan prestasi kanak-kanak 
dalam kelas.

Bagaimanapun, realitinya satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia keluar rumah tanpa bersarapan. 
“Selain itu, terdapat perbezaan tabiat bersarapan antara kanak-kanak di bandar dan luar bandar. 
Jika hari anda dimulakan dengan sarapan berkhasiat, banyak perkara positif akan berlaku 
sepanjang hari,”


Kepentingan Sarapan Pagi
Kisah 1

"Mimi tidak suka sarapan pagi. Kalau makan pagi dia mesti sakit perut. Selalunya lepas bangun tidur, 
dia akan terus ke sekolah. Lagi pun, tak sempat. Kami keluar rumah jam 6.45 pagi. Dia suka sambung tidur 
dalam kereta daripada makan," kata Halimah ketika diaju soalan kenapa tidak menyediakan sarapan pagi 
untuk anaknya sebelum melangkah ke sekolah.

Kisah 2

MUHAMAD pula suka makan nasi dan ketulan nugget ayam. Setiap pagi saya akan sediakan nasi lemak 
atau nugget. Makanan lain dia tak pandang. Lagi pun, dia bukan dalam kategori obesiti. Dia kurus saja jadi 
saya kira tidak salah bagi makanan itu. Biar dia gemuk sikit," kata Zaharah mengenai tabiat makan anaknya 
yang baru masuk Tahun Satu.

SENARIO@kisah ini mungkin biasa kita dengar. Sama ada tahu atau tidak ambil kisah, segelintir ibu bapa 
masih tidak memberi perhatian serius terhadap kepentingan sarapan pagi untuk memastikan anaknya 
dapat menumpukan sepenuh perhatian pengajaran di dalam kelas.

Mimi mungkin berhadapan dengan kelaparan yang amat sangat, pada jam 9 pagi lantaran tidak makan apa-apa, 
sejak masuk tidur jam 10 malam dan bangun 6.30 pagi.

Bagi Muhammad pula untuk beberapa jam awal persekolahan dia mungkin bertenaga, tetapi apabila guru mulai 
mengajar dan murid lain menumpukan perhatian pada papan hitam, fikirannya mulai mengelamun kerana 
mengantuk. Sarapan pagi bukan sahaja penting, malah pemilihan sajian juga perlu diberikan perhatian kerana 
ia turut mempengaruhi kecerdasan individu. Kajian menunjukkan pengambilan sarapan pagi dapat 
membantu seseorang terutama kanak-kanak memberi tumpuan penuh ketika di sekolah dan membantu 
meningkatkan prestasi pembelajaran mereka.

Tanpa sarapan pagi, kanak-kanak sukar menumpukan sepenuh perhatian, tidak bermaya dan mengantuk pada 
awal pagi persekolahan.

Pensyarah Kanan, Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Universiti Putra Malaysia, Dr Barakatun Nisak Mohd Yusof, 
berkata sarapan pagi amat penting bagi memulakan hari individu dengan lebih bertenaga selepas lebih lapan jam 
tidur, terutamanya kepada otak.

Bagi kanak-kanak sekolah rendah berusia enam hingga 12 tahun, Dr Barakatun menjelaskan, makanan yang 
rendah kandungan lemak, sederhana protein dan karbohidrat serta tinggi kandungan, vitamin dan mineral 
adalah yang terbaik untuk kanak-kanak sekolah rendah.

Antara makanan yang paling mudah adalah bijirin sarapan. Apabila dicampur dengan susu. Mereka turut 
mendapatpelbagai khasiat seperti protein dan kalsium yang amat penting untuk pertumbuhan tulang 
dan gigi. 

"Selain itu, roti bakar dan susu, roti dan keju ataupun nasi goreng atau mi goreng kurang minyak dan 
ditambah pelbagai jenis sayur-sayuran boleh dijadikan hidangan sarapan. Kuih-muih yang dibakar atau 
dikukus seperti popia basah dan apam kukus juga pilihan yang baik. Cuba kurangkan makanan diproses 
kerana ia tinggi lemak dan garam. Paling penting pelbagaikan hidangan supaya tidak cepat bosan," 
katanya mengulas mengenai kepentingan sarapan pagi untuk anak kecil yang mungkin belum arif 
mengenai kebaikannya.

Dari segi saintifik, kanak-kanak perempuan (sekolah rendah) perlukan 1,200-1,600 kalsium/ harian 
(kcal/hari) manakala kanak-kanak lelaki memerlukan 1300-1800 kcal/hari. Kebiasaannya, mereka perlu 
makan 4-6 kali sehari. Makan dengan kerap tetapi pastikan saiz hidangan kecil adalah lebih baik berbanding 
makan banyak pada satu masa.

Disebabkan kanak-kanak menghabiskan waktu yang lama di sekolah dan perlu bertumpu kepada pelajaran, 
Dr Barakatun berkata, makanan yang tinggi lemak dan gula jika diambil dalam jumlah yang berlebihan akan 
menyebabkan mereka mengantuk dan hilang daya tumpuan. Ada juga kajian yang mengatakan kelebihan gula 
dalam hidangan makanan akan menyebabkan mereka menjadi hiperaktif sehingga tidak dapat dikawal.

Katanya, ibu bapa tidak perlu terlalu risau memikirkan sajian pilihan kerana rata-rata kanak-kanak dewasa ini 
memasuki tadika dan pastinya makan awal pagi bukan lagi satu yang asing.

"Segelas susu dicampur coklat ataupun koko sebenarnya sudah memadai. Jika ingin membeli minuman 
dalam kotak, pastikan ia berasaskan susu kerana minuman berasaskan susu adalah makanan lengkap memadai 
untuk keperluan di pagi hari. Jangan lupa melihat tarikh luput untuk setiap makanan komersial," katanya.

Dr Barakatun tidak menafikan ada kanak-kanak yang enggan makan pagi seperti peribahasa 
`alah bisa tegal biasa', namun sebagai ibu bapa kenalah bijak menanganinya dan mencari alternatif lain 
secara perlahan-lahan.

"Pastikan pelbagai makanan dapat dihidangkan setiap hari. Mulakan dengan makanan kesukaan mereka dan 
kemudian apabila mereka sudah biasa mengambil sarapan pagi dan merasai nikmatnya kepada tubuh mereka, 
kenalkan kepada makanan yang lebih berkhasiat. Ibu bapa bukan saja perlu kreatif, tetapi pastikan waktu 
makan semua ada di meja. Kalau si ibu suruh anak makan, ibu kenalah juga makan, bukannya hanya memerhati 
dan mengarah makan cepat dari dalam bilik," katanya.

Tidak sempat menyediakan sarapan, bukan alasan tidak menyediakan makanan untuk anak kerana segelas susu 
atau sekotak susu sudah memadai untuk sarapan pagi bagi mereka memulakan hari mereka. Sarapan pagi amat 
penting untuk memastikan anak-anak dapat memaksimumkan potensi mereka di sekolah.

Rata-rata kajian telah membuktikan pencapaian akademik yang lebih baik bagi pelajar yang mengambil sarapan 
pagi berbanding dengan rakan yang tidak bersarapan. Ini kerana, setelah badan berpuasa semalaman ketika tidur, 
glukosa dan glikogen dalam badan tidak diganti. Sedangkan glukosa penting bagi fungsi otak.


Mengambil sarapan pagi sebenarnya membantu untuk mengurangkan berat badan kerana ia mengelakkan 
seseorang itu daripada mengambil makanan ringan atau snek sebelum tiba waktu makan tengahari. 
Bagaimanapun, untuk memastikan tubuh badan mendapat tenaga yang mencukupi sebelum tiba waktu makan 
tengahari, sarapan yang diambil perlulah sihat dan berkhasiat. Bukannya berlemak dan tinggi kolesterolnya.


SELAIN faktor banyak makan dan kurang bersenam yang kerap dibincangkan, ramai tidak tahu bahawa tekanan 
dan jadual makan yang tidak tetap, terutama tidak mengambil sarapan pagi adalah antara dua penyumbang kepada 
masalah peningkatan berat badan khususnya apabila umur memasuki gerbang 30-an.

Kajian Universiti Harvard ke atas 1,355 lelaki dan wanita (bermula 1995 hingga 2004) mendapati bahawa ukuran 

pinggang wanita (dan berat badan) dipengaruhi pelbagai punca tekanan, termasuk masalah keluarga, kerjaya, 
kewangan dan rasa tidak upaya akibat halangan hidup.

Peningkatan berat badan lelaki pula dikaitkan dengan tekanan di tempat kerja, tidak berkuasa untuk membuat 

keputusan, masalah kewangan (sukar membayar bil) dan kurang kemampuan mempelajari kemahiran baru 
bagi melaksanakan sesuatu tugas.Peningkatan berat badan ini akan lebih ketara sekiranya mereka sememangnya 
sudah berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan kerana tekanan psikologi ini akan menyebabkan 
perubahan tabiat makan pada golongan terbabit. Mereka akan makan banyak atau memilih jenis makanan yang 
berkalori tinggi sebagai langkah untuk menenangkan perasaan.

Meskipun tidak berlaku kepada semua orang tetapi kebanyakannya menjadikan makanan sebagai ‘ejen penenang’ 

yang boleh mententeramkan fikiran, terutama jika mereka dapat menikmati makanan yang digemari. Tabiat ini 
tanpa disedari lama kelamaan boleh menyebabkan berat badan meningkat dan secara tidak langsung akan 
menambah kepada tekanan yang sedia ada.

Malah, apabila mengalami tekanan psikologi, ramai hilang keinginan untuk bersosial atau melakukan kegiatan 

aktif seperti sukan atau senaman sedangkan ia adalah antara kaedah yang baik dan sangat berguna untuk 
menenangkan fikiran. Selain itu, sikap suka meninggalkan sarapan pagi atas alasan tidak sempat, tiada masa 
atau terlalu sibuk juga terbukti boleh membantutkan usaha untuk mengekal atau mengurangkan berat badan 
kerana akan menyebabkan berkeinginan untuk makan makanan yang tinggi kalori.

Kumpulan penyelidik dari Kolej Imperial London ketika membentangkan kertas kerja di Mesyuarat 

Persatuan Endokrin di Washington melaporkan apabila kita meninggalkan sarapan pagi, otak akan menjadi lebih 
aktif apabila melihat gambar makanan yang tinggi kalori (pilihan yang diberikan kepada peserta kajian ialah piza, 
kek dan coklat) berbanding sayur-sayuran, ikan dan salad. Peserta sendiri mengakui bahawa mereka lebih 
tertarik kepada makanan yang berkalori tinggi. Bagaimanapun, apabila ujian sama dilakukan 90 minit selepas 
bersarapan, otak peserta tidak menunjukkan tarikan ketara terhadap makanan berkalori tinggi. Malah, keinginan 
untuk makan makanan yang banyak kalori juga jauh lebih rendah berbanding jika tidak bersarapan.

Kenapa sarapan menjadi hidangan yang sangat penting? Sarapan berfungsi menamatkan ‘puasa’ sepanjang enam 

hingga lapan jam tidur pada waktu malam dan mengembalikan bekalan glukos dan lain-lain khasiat yang 
digunakan sebagai tenaga sepanjang hari. Sarapan juga sangat penting untuk mengaktifkan fikiran dan badan pada 
waktu pagi.

Inilah sebabnya orang yang tidak bersarapan biasanya cepat berasa letih, mudah terganggu dan tidak selesa pada 

waktu pagi. Keadaan ini lebih ketara di kalangan peminum kopi kerana jika tidak bersarapan (dan menikmati 
segelas kopi) mereka sukar menumpukan perhatian kepada kerja. Sarapan dapat mengawal rasa terlalu 
lapar, sekali gus mengelakkan kemungkinan makan terlalu banyak ketika makan tengah hari. Badan adalah kilang 
yang sangat unik dan dapat bertindak sendiri untuk menjimatkan penggunaan tenaga apabila tiada bekalan makanan.

Jika tidak bersarapan, badan secara automatik akan berada dalam fasa ‘puasa lanjutan’ (kerana kita sudah pun 

dianggap berpuasa ketika tidur) dan cuba menjimatkan tenaga dengan memperlahankan proses 
pembakaran lemak.Namun, jika kita bersarapan, badan tidak perlu memasuki fasa ‘puasa lanjutan’ ini dan ia secara 
tidak langsung memberitahu otak bahawa badan bersedia untuk membakar lemak sebagai tenaga bagi kegunaan 
sepanjang hari.

Kuantiti makanan untuk sarapan bergantung kepada keperluan masing-masing tetapi makanlah secara 

sederhana. Jika tidak sempat pun, memadailah mengambil segelas susu atau jus oren dan sekeping roti. 
Makanan seimbang mengandungi protein dan karbohidrat dianggap pilihan terbaik untuk merangsang proses 
metabolisme. Penemuan itu membuktikan bahawa sarapan amat penting untuk mengekalkan berat badan 
seimbang dan mengelakkan kegemukan. Lebih baik jika memilih sarapan yang berkhasiat dan menyihatkan. 
Penyelidik juga mencadangkan sarapan sihat dijadikan antara langkah penting dalam pengurusan berat badan dan 
rawatan obesiti.

Ini adalah antara langkah mudah untuk mengurangkan peratusan masalah kegemukan dan obesiti di 
negara kita yang semakin membimbangkan, terutama di kalangan kanak-kanak. Untuk mengelakkan masalah 
ini daripada membelenggu keluarga (ingat menurunkan berat badan adalah usaha yang sangat payah), mulakan 
amalan bersarapan bersama seisi keluarga. Ia bukan saja memberi kesan langsung kepada kesihatan badan dan 
mencerdaskan otak, tetapi mampu merapatkan hubungan kekeluargaan. Lebih awal kita bersarapan, lebih baik. 
Kajian menunjukkan orang yang bersarapan kurang berkemungkinan mengalami masalah kegemukan. Orang 
meninggalkan sarapan akan terdorong untuk makan lebih banyak kerana biasanya apabila sampai waktu makan 
mereka sangat lapar.

Ibu bapa perlu memastikan anak bersarapan sebelum ke sekolah kerana ia meningkatkan kepekaan, daya tumpuan 

dan prestasi di bilik darjah. Sarapan seringkas sandwich, susu atau bijirin memadai untuk memberi tenaga, 
memperbaiki emosi dan membantu kepekaan minda.

Bila kita atau anak-anak kita tidak mengambil sarapan, jadi tenaga kita pun berkurang semasa di pejabat dan juga 
di sekolah. Bila kurang makanan atau kurang zat maknanya otak kita pun kurang oksigen, jadi macam mana 
nak bekerja dengan produktif. Anak-anak kita pun macam mana nak belajar dengan baik? Masuk kelas saja perut 
dah berbunyi-bunyi, bukan saja tumpuan dan fokus pun lari tapi perut pun tak sihat. Siapa yang harus dipersalahkan 
jika prestasi mereka@kita sendiri semakin merosot? 


Oleh sebab itu, jomlah kita sama-sama mulakan hari kita dengan sarapan yang sihat. Nasi lemak dan roti canai tu 
boleh tapi jangan sampai setiap hari pulak ya. Nanti menambah bilangan masalah obesiti pula. Bila dah 
obesiti..kolestrol dalam diri meningkat dan mewujudkan masalah sakit jantung pula gara-gara saluran arteri 
sempit@tersumbat.

Jadi pilihlah sarapan yang berkhasiat dan memadai, especially bagi kita yang bekerja di pejabat dan bukan 
membanting tulang di sawah atau ladang. Kalau dulu-dulu atau di kampung-kampung, memang mereka mengambil 
makanan berat kerana kerja kuat menoreh getah jam 3-4 pagi untuk menampung keperluan tenaga mereka. 
Kita sekarang lebih banyak duduk di kerusi pejabat dan mengadap komputer jadi pandai-pandailah pilih makanan 
yang sesuai ye..^_^


Kita boleh menyediakan hidangan ini bukan sahaja enak malah menyihatkan dan mudah untuk 
disediakan.

1. Sediakan semangkuk salad sebelum anda masuk tidur. Keesokan harinya, hidangan ini boleh dijadikan 
sarapan pagi yang berkhasiat dan rendah lemak.
2. Roti bakar boleh menjadi enak dan berkhasiat jika anda bijak menyediakannya. Gunakan roti tinggi serat, 
bukannya roti putih. Untuk menambah perisa, sapukan sedikit mentega kacang dan taburkan sedikit kismis.
3. Muffin juga pilihan yang baik jika ia mengandungi bijirin atau cebisan buah-buahan. Bagi menjimatkan 
masa, cubalah luangkan masa seminggu sekali untuk membakar hidangan ini. Muffin boleh disimpan lama, tidak 
lebih dari dua minggu.
4. Jika ingin cepat, sandwich tuna bersama keju dan sebiji epal merupakan pilihan sarapan baik. Kombinasi ini 
mampu membuatkan perut kenyang sehingga waktu makan tengahari.
5. Semangkuk bijirin sarapan pagi yang dicampur dengan susu segar merupakan sajian sarapan sangat 
berkhasiat dan amat mudah untuk disediakan. Untuk menambah selera, masukkan beberapa hirisan buah 
seperti epal, pisang atau strawberi.
6. Telur dadar bercampur sayur-sayuran segar seperti lobak merah, brokoli, daun seleri, atau cendawan juga 
pilihan sarapan yang baik kerana ia tinggi protein.
7. Untuk melengkapkan hidangan sarapan, minum jus buah-buahan segar yang dikisar sendiri. Campurkan sedikit 
susu segar ke dalam jus untuk mendapat sedikit kalsium.

For me, i start the day with supplement apa lagi kalau bukan Nutriferon@cinch@ESP@Meal Shakes Shaklee, 
semasa perut masih kosong pagi-pagi tu paling baik amik supplement sebab akan diserap dengan mudah dan cepat 
ke dalam badan. Lepas dah ambil supplement baru ambik sarapan macam biasa. 


Jaga pemakanan kanak-kanak obes


SARAPAN pagi perlu untuk semua kanak-kanak termasuk mereka yang mengalami berat badan berlebihan 

atau obesiti. Tanggapan kanak-kanak obesiti biasanya akan makan sesuka hati terutama jika diberikan belanja 
sekolah boleh mengundangnya makan banyak atau memilih makanan tidak sihat seperti bergoreng dan manis, 
adalah tidak betul sama sekali.

Dr Barakatun berkata, pendidikan mengenai apa itu makanan sihat amat penting kepada semua anak-anak ini.


Ibu bapa tidak seharusnya menyekat mereka yang obes untuk mengambil makanan pada waktu pagi kerana itu 

boleh menyebabkan kanak-kanak memberontak, justeru, perlu diberi secara berpatutan.

Kerjasama pihak sekolah dan kantin sekolah amat penting dengan tidak sewenang-wenangnya menjual makanan 

yang tidak berkhasiat. "Pihak sekolah perlu memastikan makanan dijual adalah berkhasiat, selain menggalakkan 
aktiviti bersukan sekerap mungkin.

"Kanak-kanak obes perlu makan seperti kanak-kanak lain. Apa yang penting kualitinya, selain yang rendah lemak 

dan tinggi kandungan serat. Galakkan mereka makan sayur, buah serta minum susu dua kali sehari. Elakkan 
makanan ringan dan yang diproses serta minuman manis dan bergas. Yang paling penting, pastikan mereka 
bergerak, bukan duduk saja di tepi padang melihat kawan lain bermain," katanya.

Nasihat Dr Barakatun, membawa bekal juga mungkin idea yang baik untuk memastikan berat badan terkawal, 

selain terjamin khasiatnya, kebersihan dan kesegaran makanan.

"Makanan yang mudah basi termasuk berlemak tidak sesuai dibuat bekal ke sekolah. Pada peringkat ini ibu bapa 

perlu ajar anak-anak mengenal pasti makanan yang rosak melalui bau, warna dan rasanya kerana ia boleh 
mengundang keracunan makanan," katanya.

Sarapan bukan saja memberi tenaga untuk memulakan hari baru, tetapi banyak faedah untuk kesihatan 

termasuk kawalan berat badan dan prestasi yang lebih baik.

* Pemakanan berkhasiat dan lengkap, kaya nutrien, vitamin dan mineral memberikan tenaga kepada tubuh badan.


* Dapat memberi lebih tumpuan serta prestasi di dalam kelas dan Lebih tenaga atau kudrat untuk terbabit dalam 

aktiviti dalam kelas atau di atas padang

* Membantu merendahkan tahap kolesterol.


* Roti bakar dan susu, roti dan keju atau nasi goreng atau mi goreng yang digoreng kurang minyak dan ditambah 

pelbagai jenis sayur-sayuran boleh dijadikan hidangan sarapan.

* Kuih-muih yang dibakar atau dikukus seperti popia basah dan apam kukus juga pilihan yang baik. Kurangkan 

makanan diproses kerana makanan seperti ini adalah tinggi lemak dan garam. Yang paling penting adalah 
pelbagaikan supaya mereka tidak cepat bosan.

* Makanan yang tinggi lemak dan gula sekiranya diambil dalam jumlah berlebihan akan menyebabkan rasa 

mengantuk.

Panduan Pemakanan:


* SEIMBANG - Terdiri daripada kombinasi pelbagai. Gunakan piramid ini sebagai rujukan dalam memastikan 

anak mendapat kuantiti betul daripada setiap kumpulan makanan.



* SEDERHANA - Keperluan pemakanan anak meningkat apabila membesar. Makan terlalu banyak atau terlalu 

sikit boleh mengakibatkan masalah kesihatan. Justeru, patuhi bilangan sajian yang disarankan untuk setiap 
kumpulan makanan di dalam piramid. Ini akan memastikan anak mendapat jumlah tenaga dan nutrien betul setiap 
hari.

* PELBAGAI - Pilih pelbagai daripada setiap kumpulan makanan. Makanan berlainan memberikan kombinasi 

dan nutrien berbeza. Penuhi keperluan dengan memberi pelbagai makanan dalam warna, perisa, tekstur dan 
sebagainya. Kepelbagaian turut mengelakkan anak daripada bosan.

INFO: 


~Sarapan bukan saja memberi tenaga untuk memulakan hari baru, tetapi banyak faedah 
untuk kesihatan termasuk kawalan berat badan dan prestasi yang lebih baik.
~Pemakanan berkhasiat dan lengkap, kaya nutrien, vitamin dan mineral memberikan tenaga 
kepada tubuh badan.
~Dapat memberi lebih tumpuan serta prestasi di dalam kelas 
~Lebih tenaga atau kudrat untuk terbabit dalam aktiviti dalam kelas atau di atas padang
~Membantu merendahkan tahap kolesterol.


Jenis sarapan:
~Roti bakar dan susu, roti dan keju atau nasi goreng atau mi goreng yang digoreng kurang minyak dan 
ditambah pelbagai jenis sayur-sayuran boleh dijadikan hidangan sarapan. 
~Kuih-muih yang dibakar atau dikukus seperti popia basah dan apam kukus juga pilihan yang baik. 
Kurangkan makanan terproses kerana makanan seperti ini adalah tinggi lemak dan garam. Yang paling 
penting adalah pelbagaikan supaya mereka tidak cepat bosan.
~Makanan yang tinggi lemak dan gula sekiranya diambil dalam jumlah yang berlebihan akan menyebabkan 
rasa mengantuk@menjadi hiperaktif.



Petua daripada orang lama, untuk kekal sihat dan langsing, mesti jadikan sarapan sebagai amalan. Lebih awal 
waktu sarapan, lebih baik. Orang dulu bercakap berdasarkan pengalaman dan berita baiknya, ia disokong 
kajian sains di seluruh dunia.

Malah, pakar pemakanan juga sependapat; sarapan pagi adalah sumber pertama untuk memulakan hari kita, 
sebagaimana dituntut dalam Islam untuk bangun bersahur, walaupun ada yang boleh bertahan sehingga 
menjelang waktu berbuka.Kajian terbaru menunjukkan, orang yang bersarapan secara tetap menikmati 
kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan lebih baik.

Pemilihan sarapan, terutama yang kaya karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan 
mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari. Malangnya, ramai 
meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi atau tidak sempat 
(kerana bangun lambat). Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, ada baiknya anda terus membaca 
untuk mengetahui ‘rahsia’ di sebalik hidangan ringkas yang dipanggil sarapan.

Ada saintis menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan 
kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak - lebih 
cergas, peka dan fokus. Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk 
melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan seringan 
sekeping roti dan secawan kopi.

Rangsang paras glukos

Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, 
vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberikan kesan positif kepada 
fungsi otak. Kesan lebih ketara di kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan kaya karbohidrat 
kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan lebih 
baik. Justeru itu, tidak hairan jika pengusaha roti dan bijirin berlumba-lumba menghasilkan produk yang 
diperkaya dengan pelbagai khasiat dan vitamin.

Kajian dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia antara 
10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dan kurang berdepan masalah berat 
badan berlebihan. Bahkan, kajian di Amerika Syarikat ke atas 3,000 sukarelawan menunjukkan mereka dapat 
mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul dengan hanya mengamalkan sarapan.

Walaupun ada banyak pilihan untuk sarapan seperti nasi lemak, mi atau mihun goreng, tetapi ramai lebih suka 
sarapan ringan dan ringkas. Ini termasuk roti, bijirin dimakan bersama susu serta jus buah yang tanpa disedari 
membekalkan banyak khasiat seperti Vitamin A, B (riboflavin dan folat) dan D, zat besi, kalsium serta zink.

Tabiat meninggalkan sarapan lebih kerap berlaku di kalangan orang dewasa kerana tidak sempat dan 
beranggapan mereka boleh tahan lapar. Bagaimanapun, sikap ini sebenarnya lebih banyak merugikan, 
terutama kepada mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Dalam keadaan lapar, kita terdorong untuk 
makan lebih banyak - bermakna lebih banyak kalori dan lemak dalam badan. Akibatnya, masalah berat 
badan kita tidak mungkin selesai dan mungkin lebih buruk.

Ramai beranggapan menyediakan sarapan berkhasiat mengambil banyak masa. Ia tidak semestinya betul.
Demi kesihatan, apa salahnya kita beralih daripada kebiasaan seperti sandwich roti berserat tinggi atau bijirin 
diperkaya vitamin serta susu dan buah-buahan segar boleh dihidang di atas meja dalam beberapa minit saja. 
Jika tidak sempat makan di rumah, bawalah bekal yang sudah disediakan ini ke tempat kerja.

Makanan kaya serat penting untuk melawaskan sistem perkumuhan dan mengawal berat badan. Untuk 
meningkatkan pengambilan serat harian, ambillah bijirin sarapan, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Awal tahun ini, ada baiknya jika kita memulakan tabiat baru dengan mengamalkan pengambilan sarapan yang 
sihat secara teratur. Caranya, sediakan bahan-bahan sarapan sebelum masuk tidur dan bangun awal setengah 
jam supaya anda boleh menikmati hari cemerlang!

Sarapan atau alas perut, makanan pagi amat penting dalam kehidupan. Sarapan bagai baja kepada 
kehidupan tumbuhan. Begitulah juga manusia yang memerlukan sarapan pada setiap pagi. Terdapat pelbagai 
kerenah manusia terutama remaja yang berada di bangku sekolah tentang tabiat bersarapan pagi antaranya:
· Sebilangan besar remaja tidak bersarapan pagi sebelum ke sekolah. Mereka hanya bersarapan jam 10 pagi 
pada waktu rehat di sekolah.
· Pemilihan makanan untuk sarapan hanya kepada makanan yang digemari dan bukan kepada makanan yang 
berkhasiat.
· Sarapan pagi tidak mengandungi karbohidrat seperti roti dan bijirin yang boleh merangsang fungsi otak.
· Sarapan pagi tidak diikuti dengan minuman seperti susu, milo atau minuman lain yang berkhasiat.
· Sarapan pagi sesuatu yang asing dan ganjil bagi mereka yang tidak pernah melakukannya antara jam 7.00 
hingga 9.30 pagi.

Fenomena remaja kita hari ini yang tidak bersarapan pagi ke sekolah dianggap perkara biasa. Mereka 
akan berasa tidak selesa apabila bersarapan pagi. Sebenarnya, sarapan pagi tidak perlu terlalu berat, cukup 
sekadar segelas susu, sekeping roti atau sedikit bijirin.



Note: A hectic life may affect your family’s weight. Studies show that chronic stress can produce
 too much cortisol, a hormone that can ramp up appetite -- and lead to overeating. Stress can 
also trigger comfort eating.

For Relief: Encourage your family to build relaxation into their days. Even 10 minutes 

counts. Flip through magazines, sit and talk, or take a relaxing walk -- anything to help you 
pause and switch gears.
(#webmd/parenting/raising-fit-kids/mood/-decrease-family-stress)