Kepentingan Sarapan Pagi Kepada Kanak-kanak dan Orang Dewasa
Kepentingan mengambil sarapan sering diperkatakan kerana ia hidangan penting untuk
memulakan aktiviti harian. Namun, berapa ramai pula di kalangan kita yang menganggapnya
penting dan bersarapan setiap pagi? Tahukah anda selain memberi kebaikan pada tubuh dan
minda, kajian dalam Jurnal Epidemiologi America pada 2003 menunjukkan bahawa mereka
yang tidak mengambil sarapan adalah 4.5 kali lebih berisiko mengalami obes berbanding mereka
yang bersarapan.

Mengapa anda perlu mengambil sarapan pagi? Semalaman anda telah menghabiskan masa untuk tidur
tentulah perut menjadi kosong dan tubuh badan kekurangan air apabila anda bangun di pagi hari.
Ini bermakna anda telah terhidrat, kandungan gula di dalam darah juga menjadi rendah dan ini bermakna
tubuh badan mempunyai tenaga yang sedikitit, tidak ada apa-apa zat yang melalui badan kita. Perkara yang
sama juga terjadi kepada anak anda.
Sarapan pagi yang berkhasiat penting untuk membantu anak supaya dapat memberi sepenuh tumpuan
dan fokus di dalam aktiviti seharian. Yang dipentingkan di sini adalah aktiviti perkembangan minda
dan sahsiah anak. Dengan bersarapan pagi dapat mencergaskan minda jika dijadikan sebagai
rutin harian yang penting untuk kehidupan yang lebih berkualiti.
“Banyak kajian menunjukkan bahawa sarapan adalah hidangan paling penting setiap hari. Bukan saja
ia mampu memberikan tenaga untuk memulakan hari baru, tapi turut dikaitkan dengan banyak
kebaikan kesihatan termasuk mengawal berat badan serta meningkatkan prestasi kanak-kanak
dalam kelas.
Bagaimanapun, realitinya satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia keluar rumah tanpa bersarapan.
“Selain itu, terdapat perbezaan tabiat bersarapan antara kanak-kanak di bandar dan luar bandar.
Jika hari anda dimulakan dengan sarapan berkhasiat, banyak perkara positif akan berlaku
sepanjang hari,”
Kepentingan Sarapan Pagi
Kisah 1
"Mimi tidak suka sarapan pagi. Kalau makan pagi dia mesti sakit perut. Selalunya lepas bangun tidur,
dia akan terus ke sekolah. Lagi pun, tak sempat. Kami keluar rumah jam 6.45 pagi. Dia suka sambung tidur
dalam kereta daripada makan," kata Halimah ketika diaju soalan kenapa tidak menyediakan sarapan pagi
untuk anaknya sebelum melangkah ke sekolah.
Kisah 2
MUHAMAD pula suka makan nasi dan ketulan nugget ayam. Setiap pagi saya akan sediakan nasi lemak
atau nugget. Makanan lain dia tak pandang. Lagi pun, dia bukan dalam kategori obesiti. Dia kurus saja jadi
saya kira tidak salah bagi makanan itu. Biar dia gemuk sikit," kata Zaharah mengenai tabiat makan anaknya
yang baru masuk Tahun Satu.
SENARIO@kisah ini mungkin biasa kita dengar. Sama ada tahu atau tidak ambil kisah, segelintir ibu bapa
masih tidak memberi perhatian serius terhadap kepentingan sarapan pagi untuk memastikan anaknya
dapat menumpukan sepenuh perhatian pengajaran di dalam kelas.
Mimi mungkin berhadapan dengan kelaparan yang amat sangat, pada jam 9 pagi lantaran tidak makan apa-apa,
sejak masuk tidur jam 10 malam dan bangun 6.30 pagi.
Bagi Muhammad pula untuk beberapa jam awal persekolahan dia mungkin bertenaga, tetapi apabila guru mulai
mengajar dan murid lain menumpukan perhatian pada papan hitam, fikirannya mulai mengelamun kerana
mengantuk. Sarapan pagi bukan sahaja penting, malah pemilihan sajian juga perlu diberikan perhatian kerana
ia turut mempengaruhi kecerdasan individu. Kajian menunjukkan pengambilan sarapan pagi dapat
membantu seseorang terutama kanak-kanak memberi tumpuan penuh ketika di sekolah dan membantu
meningkatkan prestasi pembelajaran mereka.
Tanpa sarapan pagi, kanak-kanak sukar menumpukan sepenuh perhatian, tidak bermaya dan mengantuk pada
awal pagi persekolahan.
Pensyarah Kanan, Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Universiti Putra Malaysia, Dr Barakatun Nisak Mohd Yusof,
berkata sarapan pagi amat penting bagi memulakan hari individu dengan lebih bertenaga selepas lebih lapan jam
tidur, terutamanya kepada otak.
Bagi kanak-kanak sekolah rendah berusia enam hingga 12 tahun, Dr Barakatun menjelaskan, makanan yang
rendah kandungan lemak, sederhana protein dan karbohidrat serta tinggi kandungan, vitamin dan mineral
adalah yang terbaik untuk kanak-kanak sekolah rendah.
Antara makanan yang paling mudah adalah bijirin sarapan. Apabila dicampur dengan susu. Mereka turut
mendapatpelbagai khasiat seperti protein dan kalsium yang amat penting untuk pertumbuhan tulang
dan gigi.
"Selain itu, roti bakar dan susu, roti dan keju ataupun nasi goreng atau mi goreng kurang minyak dan
ditambah pelbagai jenis sayur-sayuran boleh dijadikan hidangan sarapan. Kuih-muih yang dibakar atau
dikukus seperti popia basah dan apam kukus juga pilihan yang baik. Cuba kurangkan makanan diproses
kerana ia tinggi lemak dan garam. Paling penting pelbagaikan hidangan supaya tidak cepat bosan,"
katanya mengulas mengenai kepentingan sarapan pagi untuk anak kecil yang mungkin belum arif
mengenai kebaikannya.
Dari segi saintifik, kanak-kanak perempuan (sekolah rendah) perlukan 1,200-1,600 kalsium/ harian
(kcal/hari) manakala kanak-kanak lelaki memerlukan 1300-1800 kcal/hari. Kebiasaannya, mereka perlu
makan 4-6 kali sehari. Makan dengan kerap tetapi pastikan saiz hidangan kecil adalah lebih baik berbanding
makan banyak pada satu masa.
Disebabkan kanak-kanak menghabiskan waktu yang lama di sekolah dan perlu bertumpu kepada pelajaran,
Dr Barakatun berkata, makanan yang tinggi lemak dan gula jika diambil dalam jumlah yang berlebihan akan
menyebabkan mereka mengantuk dan hilang daya tumpuan. Ada juga kajian yang mengatakan kelebihan gula
dalam hidangan makanan akan menyebabkan mereka menjadi hiperaktif sehingga tidak dapat dikawal.
Katanya, ibu bapa tidak perlu terlalu risau memikirkan sajian pilihan kerana rata-rata kanak-kanak dewasa ini
memasuki tadika dan pastinya makan awal pagi bukan lagi satu yang asing.
"Segelas susu dicampur coklat ataupun koko sebenarnya sudah memadai. Jika ingin membeli minuman
dalam kotak, pastikan ia berasaskan susu kerana minuman berasaskan susu adalah makanan lengkap memadai
untuk keperluan di pagi hari. Jangan lupa melihat tarikh luput untuk setiap makanan komersial," katanya.
Dr Barakatun tidak menafikan ada kanak-kanak yang enggan makan pagi seperti peribahasa
`alah bisa tegal biasa', namun sebagai ibu bapa kenalah bijak menanganinya dan mencari alternatif lain
`alah bisa tegal biasa', namun sebagai ibu bapa kenalah bijak menanganinya dan mencari alternatif lain
secara perlahan-lahan.
"Pastikan pelbagai makanan dapat dihidangkan setiap hari. Mulakan dengan makanan kesukaan mereka dan
kemudian apabila mereka sudah biasa mengambil sarapan pagi dan merasai nikmatnya kepada tubuh mereka,
kenalkan kepada makanan yang lebih berkhasiat. Ibu bapa bukan saja perlu kreatif, tetapi pastikan waktu
makan semua ada di meja. Kalau si ibu suruh anak makan, ibu kenalah juga makan, bukannya hanya memerhati
dan mengarah makan cepat dari dalam bilik," katanya.
Tidak sempat menyediakan sarapan, bukan alasan tidak menyediakan makanan untuk anak kerana segelas susu
atau sekotak susu sudah memadai untuk sarapan pagi bagi mereka memulakan hari mereka. Sarapan pagi amat
penting untuk memastikan anak-anak dapat memaksimumkan potensi mereka di sekolah.
Rata-rata kajian telah membuktikan pencapaian akademik yang lebih baik bagi pelajar yang mengambil sarapan
pagi berbanding dengan rakan yang tidak bersarapan. Ini kerana, setelah badan berpuasa semalaman ketika tidur,
glukosa dan glikogen dalam badan tidak diganti. Sedangkan glukosa penting bagi fungsi otak.

Mengambil sarapan pagi sebenarnya membantu untuk mengurangkan berat badan kerana ia mengelakkan
seseorang itu daripada mengambil makanan ringan atau snek sebelum tiba waktu makan tengahari.
Bagaimanapun, untuk memastikan tubuh badan mendapat tenaga yang mencukupi sebelum tiba waktu makan
tengahari, sarapan yang diambil perlulah sihat dan berkhasiat. Bukannya berlemak dan tinggi kolesterolnya.
SELAIN faktor banyak makan dan kurang bersenam yang kerap dibincangkan, ramai tidak tahu bahawa tekanan
dan jadual makan yang tidak tetap, terutama tidak mengambil sarapan pagi adalah antara dua penyumbang kepada
masalah peningkatan berat badan khususnya apabila umur memasuki gerbang 30-an.
Kajian Universiti Harvard ke atas 1,355 lelaki dan wanita (bermula 1995 hingga 2004) mendapati bahawa ukuran
pinggang wanita (dan berat badan) dipengaruhi pelbagai punca tekanan, termasuk masalah keluarga, kerjaya,
kewangan dan rasa tidak upaya akibat halangan hidup.
Peningkatan berat badan lelaki pula dikaitkan dengan tekanan di tempat kerja, tidak berkuasa untuk membuat
keputusan, masalah kewangan (sukar membayar bil) dan kurang kemampuan mempelajari kemahiran baru
bagi melaksanakan sesuatu tugas.Peningkatan berat badan ini akan lebih ketara sekiranya mereka sememangnya
sudah berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan kerana tekanan psikologi ini akan menyebabkan
perubahan tabiat makan pada golongan terbabit. Mereka akan makan banyak atau memilih jenis makanan yang
berkalori tinggi sebagai langkah untuk menenangkan perasaan.
Meskipun tidak berlaku kepada semua orang tetapi kebanyakannya menjadikan makanan sebagai ‘ejen penenang’
yang boleh mententeramkan fikiran, terutama jika mereka dapat menikmati makanan yang digemari. Tabiat ini
tanpa disedari lama kelamaan boleh menyebabkan berat badan meningkat dan secara tidak langsung akan
menambah kepada tekanan yang sedia ada.
Malah, apabila mengalami tekanan psikologi, ramai hilang keinginan untuk bersosial atau melakukan kegiatan
aktif seperti sukan atau senaman sedangkan ia adalah antara kaedah yang baik dan sangat berguna untuk
menenangkan fikiran. Selain itu, sikap suka meninggalkan sarapan pagi atas alasan tidak sempat, tiada masa
atau terlalu sibuk juga terbukti boleh membantutkan usaha untuk mengekal atau mengurangkan berat badan
kerana akan menyebabkan berkeinginan untuk makan makanan yang tinggi kalori.
Kumpulan penyelidik dari Kolej Imperial London ketika membentangkan kertas kerja di Mesyuarat
Persatuan Endokrin di Washington melaporkan apabila kita meninggalkan sarapan pagi, otak akan menjadi lebih
aktif apabila melihat gambar makanan yang tinggi kalori (pilihan yang diberikan kepada peserta kajian ialah piza,
kek dan coklat) berbanding sayur-sayuran, ikan dan salad. Peserta sendiri mengakui bahawa mereka lebih
tertarik kepada makanan yang berkalori tinggi. Bagaimanapun, apabila ujian sama dilakukan 90 minit selepas
bersarapan, otak peserta tidak menunjukkan tarikan ketara terhadap makanan berkalori tinggi. Malah, keinginan
untuk makan makanan yang banyak kalori juga jauh lebih rendah berbanding jika tidak bersarapan.
Kenapa sarapan menjadi hidangan yang sangat penting? Sarapan berfungsi menamatkan ‘puasa’ sepanjang enam
hingga lapan jam tidur pada waktu malam dan mengembalikan bekalan glukos dan lain-lain khasiat yang
digunakan sebagai tenaga sepanjang hari. Sarapan juga sangat penting untuk mengaktifkan fikiran dan badan pada
waktu pagi.
Inilah sebabnya orang yang tidak bersarapan biasanya cepat berasa letih, mudah terganggu dan tidak selesa pada
waktu pagi. Keadaan ini lebih ketara di kalangan peminum kopi kerana jika tidak bersarapan (dan menikmati
segelas kopi) mereka sukar menumpukan perhatian kepada kerja. Sarapan dapat mengawal rasa terlalu
lapar, sekali gus mengelakkan kemungkinan makan terlalu banyak ketika makan tengah hari. Badan adalah kilang
yang sangat unik dan dapat bertindak sendiri untuk menjimatkan penggunaan tenaga apabila tiada bekalan makanan.
Jika tidak bersarapan, badan secara automatik akan berada dalam fasa ‘puasa lanjutan’ (kerana kita sudah pun
dianggap berpuasa ketika tidur) dan cuba menjimatkan tenaga dengan memperlahankan proses
pembakaran lemak.Namun, jika kita bersarapan, badan tidak perlu memasuki fasa ‘puasa lanjutan’ ini dan ia secara
tidak langsung memberitahu otak bahawa badan bersedia untuk membakar lemak sebagai tenaga bagi kegunaan
sepanjang hari.
Kuantiti makanan untuk sarapan bergantung kepada keperluan masing-masing tetapi makanlah secara
sederhana. Jika tidak sempat pun, memadailah mengambil segelas susu atau jus oren dan sekeping roti.
Makanan seimbang mengandungi protein dan karbohidrat dianggap pilihan terbaik untuk merangsang proses
metabolisme. Penemuan itu membuktikan bahawa sarapan amat penting untuk mengekalkan berat badan
seimbang dan mengelakkan kegemukan. Lebih baik jika memilih sarapan yang berkhasiat dan menyihatkan.
Penyelidik juga mencadangkan sarapan sihat dijadikan antara langkah penting dalam pengurusan berat badan dan
rawatan obesiti.

Ini adalah antara langkah mudah untuk mengurangkan peratusan masalah kegemukan dan obesiti di
negara kita yang semakin membimbangkan, terutama di kalangan kanak-kanak. Untuk mengelakkan masalah
ini daripada membelenggu keluarga (ingat menurunkan berat badan adalah usaha yang sangat payah), mulakan
amalan bersarapan bersama seisi keluarga. Ia bukan saja memberi kesan langsung kepada kesihatan badan dan
mencerdaskan otak, tetapi mampu merapatkan hubungan kekeluargaan. Lebih awal kita bersarapan, lebih baik.
Kajian menunjukkan orang yang bersarapan kurang berkemungkinan mengalami masalah kegemukan. Orang
meninggalkan sarapan akan terdorong untuk makan lebih banyak kerana biasanya apabila sampai waktu makan
mereka sangat lapar.
Ibu bapa perlu memastikan anak bersarapan sebelum ke sekolah kerana ia meningkatkan kepekaan, daya tumpuan
dan prestasi di bilik darjah. Sarapan seringkas sandwich, susu atau bijirin memadai untuk memberi tenaga,
memperbaiki emosi dan membantu kepekaan minda.

Bila kita atau anak-anak kita tidak mengambil sarapan, jadi tenaga kita pun berkurang semasa di pejabat dan juga
di sekolah. Bila kurang makanan atau kurang zat maknanya otak kita pun kurang oksigen, jadi macam mana
nak bekerja dengan produktif. Anak-anak kita pun macam mana nak belajar dengan baik? Masuk kelas saja perut
dah berbunyi-bunyi, bukan saja tumpuan dan fokus pun lari tapi perut pun tak sihat. Siapa yang harus dipersalahkan
jika prestasi mereka@kita sendiri semakin merosot?

Oleh sebab itu, jomlah kita sama-sama mulakan hari kita dengan sarapan yang sihat. Nasi lemak dan roti canai tu
boleh tapi jangan sampai setiap hari pulak ya. Nanti menambah bilangan masalah obesiti pula. Bila dah
obesiti..kolestrol dalam diri meningkat dan mewujudkan masalah sakit jantung pula gara-gara saluran arteri
sempit@tersumbat.

Jadi pilihlah sarapan yang berkhasiat dan memadai, especially bagi kita yang bekerja di pejabat dan bukan
membanting tulang di sawah atau ladang. Kalau dulu-dulu atau di kampung-kampung, memang mereka mengambil
makanan berat kerana kerja kuat menoreh getah jam 3-4 pagi untuk menampung keperluan tenaga mereka.
Kita sekarang lebih banyak duduk di kerusi pejabat dan mengadap komputer jadi pandai-pandailah pilih makanan
yang sesuai ye..^_^

Kita boleh menyediakan hidangan ini bukan sahaja enak malah menyihatkan dan mudah untuk
disediakan.
disediakan.
1. Sediakan semangkuk salad sebelum anda masuk tidur. Keesokan harinya, hidangan ini boleh dijadikan
sarapan pagi yang berkhasiat dan rendah lemak.
sarapan pagi yang berkhasiat dan rendah lemak.
2. Roti bakar boleh menjadi enak dan berkhasiat jika anda bijak menyediakannya. Gunakan roti tinggi serat,
bukannya roti putih. Untuk menambah perisa, sapukan sedikit mentega kacang dan taburkan sedikit kismis.
bukannya roti putih. Untuk menambah perisa, sapukan sedikit mentega kacang dan taburkan sedikit kismis.
3. Muffin juga pilihan yang baik jika ia mengandungi bijirin atau cebisan buah-buahan. Bagi menjimatkan
masa, cubalah luangkan masa seminggu sekali untuk membakar hidangan ini. Muffin boleh disimpan lama, tidak
lebih dari dua minggu.
masa, cubalah luangkan masa seminggu sekali untuk membakar hidangan ini. Muffin boleh disimpan lama, tidak
lebih dari dua minggu.
4. Jika ingin cepat, sandwich tuna bersama keju dan sebiji epal merupakan pilihan sarapan baik. Kombinasi ini
mampu membuatkan perut kenyang sehingga waktu makan tengahari.
mampu membuatkan perut kenyang sehingga waktu makan tengahari.
5. Semangkuk bijirin sarapan pagi yang dicampur dengan susu segar merupakan sajian sarapan sangat
berkhasiat dan amat mudah untuk disediakan. Untuk menambah selera, masukkan beberapa hirisan buah
seperti epal, pisang atau strawberi.
berkhasiat dan amat mudah untuk disediakan. Untuk menambah selera, masukkan beberapa hirisan buah
seperti epal, pisang atau strawberi.
6. Telur dadar bercampur sayur-sayuran segar seperti lobak merah, brokoli, daun seleri, atau cendawan juga
pilihan sarapan yang baik kerana ia tinggi protein.
pilihan sarapan yang baik kerana ia tinggi protein.
7. Untuk melengkapkan hidangan sarapan, minum jus buah-buahan segar yang dikisar sendiri. Campurkan sedikit
susu segar ke dalam jus untuk mendapat sedikit kalsium.
susu segar ke dalam jus untuk mendapat sedikit kalsium.
For me, i start the day with supplement apa lagi kalau bukan Nutriferon@cinch@ESP@Meal Shakes Shaklee,
semasa perut masih kosong pagi-pagi tu paling baik amik supplement sebab akan diserap dengan mudah dan cepat
ke dalam badan. Lepas dah ambil supplement baru ambik sarapan macam biasa.
semasa perut masih kosong pagi-pagi tu paling baik amik supplement sebab akan diserap dengan mudah dan cepat
ke dalam badan. Lepas dah ambil supplement baru ambik sarapan macam biasa.
Jaga pemakanan kanak-kanak obes
SARAPAN pagi perlu untuk semua kanak-kanak termasuk mereka yang mengalami berat badan berlebihan
atau obesiti. Tanggapan kanak-kanak obesiti biasanya akan makan sesuka hati terutama jika diberikan belanja
sekolah boleh mengundangnya makan banyak atau memilih makanan tidak sihat seperti bergoreng dan manis,
adalah tidak betul sama sekali.
Dr Barakatun berkata, pendidikan mengenai apa itu makanan sihat amat penting kepada semua anak-anak ini.
Ibu bapa tidak seharusnya menyekat mereka yang obes untuk mengambil makanan pada waktu pagi kerana itu
boleh menyebabkan kanak-kanak memberontak, justeru, perlu diberi secara berpatutan.
Kerjasama pihak sekolah dan kantin sekolah amat penting dengan tidak sewenang-wenangnya menjual makanan
yang tidak berkhasiat. "Pihak sekolah perlu memastikan makanan dijual adalah berkhasiat, selain menggalakkan
aktiviti bersukan sekerap mungkin.
"Kanak-kanak obes perlu makan seperti kanak-kanak lain. Apa yang penting kualitinya, selain yang rendah lemak
dan tinggi kandungan serat. Galakkan mereka makan sayur, buah serta minum susu dua kali sehari. Elakkan
makanan ringan dan yang diproses serta minuman manis dan bergas. Yang paling penting, pastikan mereka
bergerak, bukan duduk saja di tepi padang melihat kawan lain bermain," katanya.
Nasihat Dr Barakatun, membawa bekal juga mungkin idea yang baik untuk memastikan berat badan terkawal,
selain terjamin khasiatnya, kebersihan dan kesegaran makanan.
"Makanan yang mudah basi termasuk berlemak tidak sesuai dibuat bekal ke sekolah. Pada peringkat ini ibu bapa
perlu ajar anak-anak mengenal pasti makanan yang rosak melalui bau, warna dan rasanya kerana ia boleh
mengundang keracunan makanan," katanya.
Sarapan bukan saja memberi tenaga untuk memulakan hari baru, tetapi banyak faedah untuk kesihatan
termasuk kawalan berat badan dan prestasi yang lebih baik.
* Pemakanan berkhasiat dan lengkap, kaya nutrien, vitamin dan mineral memberikan tenaga kepada tubuh badan.
* Dapat memberi lebih tumpuan serta prestasi di dalam kelas dan Lebih tenaga atau kudrat untuk terbabit dalam
aktiviti dalam kelas atau di atas padang
* Membantu merendahkan tahap kolesterol.
* Roti bakar dan susu, roti dan keju atau nasi goreng atau mi goreng yang digoreng kurang minyak dan ditambah
pelbagai jenis sayur-sayuran boleh dijadikan hidangan sarapan.
* Kuih-muih yang dibakar atau dikukus seperti popia basah dan apam kukus juga pilihan yang baik. Kurangkan
makanan diproses kerana makanan seperti ini adalah tinggi lemak dan garam. Yang paling penting adalah
pelbagaikan supaya mereka tidak cepat bosan.
* Makanan yang tinggi lemak dan gula sekiranya diambil dalam jumlah berlebihan akan menyebabkan rasa
mengantuk.
Panduan Pemakanan:
* SEIMBANG - Terdiri daripada kombinasi pelbagai. Gunakan piramid ini sebagai rujukan dalam memastikan
anak mendapat kuantiti betul daripada setiap kumpulan makanan.

* SEDERHANA - Keperluan pemakanan anak meningkat apabila membesar. Makan terlalu banyak atau terlalu
sikit boleh mengakibatkan masalah kesihatan. Justeru, patuhi bilangan sajian yang disarankan untuk setiap
kumpulan makanan di dalam piramid. Ini akan memastikan anak mendapat jumlah tenaga dan nutrien betul setiap
hari.
* PELBAGAI - Pilih pelbagai daripada setiap kumpulan makanan. Makanan berlainan memberikan kombinasi
dan nutrien berbeza. Penuhi keperluan dengan memberi pelbagai makanan dalam warna, perisa, tekstur dan
sebagainya. Kepelbagaian turut mengelakkan anak daripada bosan.
INFO:
~Sarapan bukan saja memberi tenaga untuk memulakan hari baru, tetapi banyak faedah
untuk kesihatan termasuk kawalan berat badan dan prestasi yang lebih baik.
~Pemakanan berkhasiat dan lengkap, kaya nutrien, vitamin dan mineral memberikan tenaga
kepada tubuh badan.
~Dapat memberi lebih tumpuan serta prestasi di dalam kelas
~Lebih tenaga atau kudrat untuk terbabit dalam aktiviti dalam kelas atau di atas padang
~Membantu merendahkan tahap kolesterol.
Jenis sarapan:
ditambah pelbagai jenis sayur-sayuran boleh dijadikan hidangan sarapan.
~Kuih-muih yang dibakar atau dikukus seperti popia basah dan apam kukus juga pilihan yang baik.
~Kuih-muih yang dibakar atau dikukus seperti popia basah dan apam kukus juga pilihan yang baik.
Kurangkan makanan terproses kerana makanan seperti ini adalah tinggi lemak dan garam. Yang paling
penting adalah pelbagaikan supaya mereka tidak cepat bosan.
~Makanan yang tinggi lemak dan gula sekiranya diambil dalam jumlah yang berlebihan akan menyebabkan
rasa mengantuk@menjadi hiperaktif.

Petua daripada orang lama, untuk kekal sihat dan langsing, mesti jadikan sarapan sebagai amalan. Lebih awal
waktu sarapan, lebih baik. Orang dulu bercakap berdasarkan pengalaman dan berita baiknya, ia disokong
kajian sains di seluruh dunia.
Malah, pakar pemakanan juga sependapat; sarapan pagi adalah sumber pertama untuk memulakan hari kita,
sebagaimana dituntut dalam Islam untuk bangun bersahur, walaupun ada yang boleh bertahan sehingga
menjelang waktu berbuka.Kajian terbaru menunjukkan, orang yang bersarapan secara tetap menikmati
menjelang waktu berbuka.Kajian terbaru menunjukkan, orang yang bersarapan secara tetap menikmati
kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan lebih baik.
Pemilihan sarapan, terutama yang kaya karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan
mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari. Malangnya, ramai
meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi atau tidak sempat
(kerana bangun lambat). Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, ada baiknya anda terus membaca
untuk mengetahui ‘rahsia’ di sebalik hidangan ringkas yang dipanggil sarapan.

Ada saintis menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan
kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak - lebih
cergas, peka dan fokus. Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk
melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan seringan
sekeping roti dan secawan kopi.
Rangsang paras glukos
Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya,vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberikan kesan positif kepada
fungsi otak. Kesan lebih ketara di kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan kaya karbohidrat
kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan lebih
baik. Justeru itu, tidak hairan jika pengusaha roti dan bijirin berlumba-lumba menghasilkan produk yang
diperkaya dengan pelbagai khasiat dan vitamin.
Kajian dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia antara
10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dan kurang berdepan masalah berat
badan berlebihan. Bahkan, kajian di Amerika Syarikat ke atas 3,000 sukarelawan menunjukkan mereka dapat
mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul dengan hanya mengamalkan sarapan.
Walaupun ada banyak pilihan untuk sarapan seperti nasi lemak, mi atau mihun goreng, tetapi ramai lebih suka
sarapan ringan dan ringkas. Ini termasuk roti, bijirin dimakan bersama susu serta jus buah yang tanpa disedari
membekalkan banyak khasiat seperti Vitamin A, B (riboflavin dan folat) dan D, zat besi, kalsium serta zink.
Tabiat meninggalkan sarapan lebih kerap berlaku di kalangan orang dewasa kerana tidak sempat dan
beranggapan mereka boleh tahan lapar. Bagaimanapun, sikap ini sebenarnya lebih banyak merugikan,
terutama kepada mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Dalam keadaan lapar, kita terdorong untuk
makan lebih banyak - bermakna lebih banyak kalori dan lemak dalam badan. Akibatnya, masalah berat
badan kita tidak mungkin selesai dan mungkin lebih buruk.

Ramai beranggapan menyediakan sarapan berkhasiat mengambil banyak masa. Ia tidak semestinya betul.
Demi kesihatan, apa salahnya kita beralih daripada kebiasaan seperti sandwich roti berserat tinggi atau bijirin
Demi kesihatan, apa salahnya kita beralih daripada kebiasaan seperti sandwich roti berserat tinggi atau bijirin
diperkaya vitamin serta susu dan buah-buahan segar boleh dihidang di atas meja dalam beberapa minit saja.
Jika tidak sempat makan di rumah, bawalah bekal yang sudah disediakan ini ke tempat kerja.
Makanan kaya serat penting untuk melawaskan sistem perkumuhan dan mengawal berat badan. Untuk
meningkatkan pengambilan serat harian, ambillah bijirin sarapan, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Awal tahun ini, ada baiknya jika kita memulakan tabiat baru dengan mengamalkan pengambilan sarapan yang
Awal tahun ini, ada baiknya jika kita memulakan tabiat baru dengan mengamalkan pengambilan sarapan yang
sihat secara teratur. Caranya, sediakan bahan-bahan sarapan sebelum masuk tidur dan bangun awal setengah
jam supaya anda boleh menikmati hari cemerlang!
jam supaya anda boleh menikmati hari cemerlang!
Sarapan atau alas perut, makanan pagi amat penting dalam kehidupan. Sarapan bagai baja kepada
kehidupan tumbuhan. Begitulah juga manusia yang memerlukan sarapan pada setiap pagi. Terdapat pelbagai
kerenah manusia terutama remaja yang berada di bangku sekolah tentang tabiat bersarapan pagi antaranya:
· Sebilangan besar remaja tidak bersarapan pagi sebelum ke sekolah. Mereka hanya bersarapan jam 10 pagi
pada waktu rehat di sekolah.
· Pemilihan makanan untuk sarapan hanya kepada makanan yang digemari dan bukan kepada makanan yang
berkhasiat.
· Sarapan pagi tidak mengandungi karbohidrat seperti roti dan bijirin yang boleh merangsang fungsi otak.
· Sarapan pagi tidak diikuti dengan minuman seperti susu, milo atau minuman lain yang berkhasiat.
· Sarapan pagi sesuatu yang asing dan ganjil bagi mereka yang tidak pernah melakukannya antara jam 7.00
hingga 9.30 pagi.
Fenomena remaja kita hari ini yang tidak bersarapan pagi ke sekolah dianggap perkara biasa. Mereka
akan berasa tidak selesa apabila bersarapan pagi. Sebenarnya, sarapan pagi tidak perlu terlalu berat, cukup
sekadar segelas susu, sekeping roti atau sedikit bijirin.

Note: A hectic life may affect your family’s weight. Studies show that chronic stress can produce
too much cortisol, a hormone that can ramp up appetite -- and lead to overeating. Stress can
also trigger comfort eating.
For Relief: Encourage your family to build relaxation into their days. Even 10 minutes
counts. Flip through magazines, sit and talk, or take a relaxing walk -- anything to help you
pause and switch gears.
(#webmd/parenting/raising-fit-kids/mood/-decrease-family-stress)

No comments:
Post a Comment