Wednesday 24 April 2013

Makanan yg Perlu Dihindari Ketika Hamil

MAKANAN YG PERLU DIHINDARI SEMASA HAMIL



Semasa mengandung, adalah amat penting bagi anda mengelak dari memakan makanan yang biasa dimakan semasa anda belum hamil. Ini kerana sesetengah makanan membawa kuman dan bahan pencemaran dan boleh memberikan kesan yang negatif kepada kandungan anda.

Makanan yang perlu dihindari:
~Telur mentah:
@kerana ia megandungi salmonella
~Daging atau ikan mentah atau separuh masak :
@kerana ia mengandungi kuman e.coli dan salmonella dan toxoplasmosis. Contoh sushi dan shellfish
~Hati lembu :
@kerana ia mengandungi vitamin A yang berlebihan
~Aspartame :
@pemanis tiruan kerana ia dikaitkan dengan racun
~Beberapa jenis ikan :
@ tuna kerana ia mengandungi merkuri
~Makanan yang memberi allergi kepada anda
@Vitamin E yang berlebihan
@Vitamin A yang berlebihan









Tip-tip Untuk Menyediakan Makanan Yang Selamat
~Hindari dari menggunakan tin atau jar yang sudah bocor atau tidak mempunyai bunyi pop semasa membukanya.
~Nyahbeku sepenuhnya makanan beku di dalam peti sejuk seperti daging, sebelum memasaknya, jangan menyahbeku dalam suhu bilik.
~Jangan bekukan balik makanan yang sudah dinyahbeku.
~Bila membeli belah, hindari dari makanan kurang segar dan yang tidak diletakkan dalam ais.
~Sentiasa membasuh tangan selepas menyediakan makanan dan selepas ke tandas.
~Jangan mencampur adukkan makanan.
~Basuh sayuran dengan sepenuhnya. Ia mungkin mengandungi salmonella.


No comments:

Post a Comment