Tuesday 23 April 2013

Bahaya Garam Kepada Bayi

BAHAYA GARAM KEPADA BAYI

Garam diperlukan agar sistem tubuh badan kita dapat berfungsi dengan baik. Justeru, sedikit garam adalah penting dalam menu diet kita sehari-hari.
TETAPI, keperluan garam bagi seorang bayi adalah SANGAT SEDIKIT iaitu kurang dari 1 gram sehari (bagi bayi yang berusia bawah 12 bulan). Dan keperluan ini boleh diperolehi dari sumber susu ibu atau pun formula.Ini kerana, buah pinggang bayi masih tidak matang dan belum lagi bersedia untuk menerima jumlah garam yang berlebihan dan ianya boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang yang serius! Malah terdapat kes-kes tertentu pengambilan garam yang berlebihan telah membahayakan nyawa bayi sehingga membawa kepada maut. Di samping itu, melalui kajian yang dijalankan, bayi yang diberi makanan yang mengandungi kandungan garam yang berlebihan akan menyebabkan masalah tekanan darah tinggi apabila dewasa kelak.

Saya berharap perkongsian saya ini dapat membantu ibu2 di luar sana memberikan yg terbaik buat si manja mereka. Adalah menjadi perkara biasa amalan mak2 kita menambahkan sdkt (secubit) garam dlm bubur bayi. Katanya nk bg ada rasa ckt, dan rasa lemak bubur tersebut. Kekurangan ilmu pengetahuan menyebabkan mereka tidak tahu bahayanya terlebih garam bagi bayi terutamanya bayi berumur satu tahun ke bawah.

Oleh itu, kita yg bergelar ibu bapa pada zaman kini, perlu berusaha mendalami ilmu2 penting keibubapaan, mcm mn nak uruskan bayi dgn baik. Dgn kecanggihan teknologi kini, segalanya di hujung jari anda sahaja. Mudah kan? So rajin2kan diri menambah ilmu pengetahuan demi kesejahteraan kita semua.

Kenapa bayi berumur setahun ke bawah tidak perlu tambahan garam ke dalam masakannya?

  1. Makanan bayi bawah umur 1 tahun adalah tidak memerlukan garam tambahan. Sebab buah pinggang (kidney) bayi masih belum matang untuk memproses lebihan garam dalam badan.
  2. 6 bulan pertama bayi (newborn sampai umur 6 bulan) bayi cuma perlukan kurang daripada 1gram garam sehari, yang mana garam2 tersebut boleh diperolehi daripada susu badan atau susu formula.
  3. Bayi berumur 7 bulan hingga 12 bulan, cuma memerlukan garam 1gram sehari, yang boleh diperolehi daripada rasa semulajadi makanannya iaitu dari daging ayam, ikan, sayur2an, buah2an.
  4. Kanak2 umur 1thn hingga 3thn cuma memerlukan kurang dari 2gram garam sehari (bersamaan dengan 0.8g sodium sehari)
Sy nak share info selanjutnya y dipetik dr sini

Info ini menerangkan tubuh manusia memerlukan garam untuk berfungsi dengan betul. Garam tidak boleh dihasilkan oleh tubuh, sehingga  garam merupakan sebahagian benda yang penting dari makanan sehari-hari kita.

Tapi keperluan garam untuk bayi adalah SANGAT kecil (kurang dari 1g per hari sehingga  usia 12 bulan) - dan keperluan-keperluan ini dapat dipenuhi oleh susu ibu atau susu formula.

Ginjal bayi tidak dapat memproses garam dengan baik - yang bermaksud bahawa garam jika ditambah pada makanan bayi boleh menyebabkan kerosakan ginjal serius.

Semakin banyak bukti menunjukkan bahawa pengambilan terlalu banyak garam sejak usia awal boleh menyebabkan tekanan darah tinggi di kemudian hari - terutama dalam keluarga yang mempunyai sejarah penyakit seperti itu, .Jadi harus makanan bayi saye kurang menyelerakan jika tidak ditambah dengan garam?

Anda mungkin mendapati makanan mempunyai rasa yang kurang sedap kalau tidak menambah garam kerana  langit-langit kita sudah  terbiasa dengan rasa masin. Tapi ingat bahawa langit-langit mulut bayi adalah berkembang dan bahawa dia belum mendapatkan keutamaan untuk selera masin! Bahkan,makanan yang anda anggap tak sedap boleh saja diterima si kecil.

Jangan gunakan sos semasa memasak makanan bayi kerana ianya mengandungi garam. Elakkan meggunakan daging yang diproses seperti papperoni, ham, kacang panggang dan lain2 kerana makanan daging yang diproses ini ianya mengandungi kandungan garam yang tinggi untuk bayi anda.

Jika anda menggunakan makanan dalam tin untuk memasak makanan bayi anda, semak label untuk memastikan tiada garam telah ditambah. Pastikan setiap makanan yang di tinkan untuk bayi diberi label dengan kumpulan umur yang sesuai untuknya.

Dalam sebab lain,  memastikan bahawa makanan bayi anda adalah tidak bergaram bermakna bahawa ia haruslah mempunyai rasa juga. In Sha Allah di entri yg akan datang, saya akan kongsikan resepi2 bayi yang boleh dicuba untuk membantu membuat makanan untuk bayi anda menjadi yang terbaik dan lazat.

So ibu-ibu sekalian... 
percayalah..Kesihatan keluarga kita adalah ditangan kita sendiri. Apa yang mereka makan, adalah tanggungjawab kita kerana kita yang menyediakan makanan tersebut. Seringkali dgr pepatah dr org2 lama,  "ko apa tau, kami dah MAKAN GARAM dulu sebelum ko dilahirkan"...bkn semuanya betul dan bkn semuanya salah..bertindaklah melalui pengalaman dengan menggunakan ilmu pengetahuan!

Hebat mana seseorang itu bukan diukur dengan berapa banyak atau berapa lama dia makan garam. Hebat seseorang itu adalah kerana ilmu pengetahuan yang dimiliki dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian...renung2kan...jadilah ibu bapa yg prihatin !!




No comments:

Post a Comment