Sunday 10 February 2013

Kenapa Ibu Menyusu Mudah Haus?

WANITA YANG MENYUSUKAN BAYI MUDAH TERASA HAUS
Kehausan yang dirasakan oleh wanita yang menyusukan bayi mereka ada kaitan dengan proses fisiologi yang menjaga keseimbangan cecair dalam tubuh (osmoregulation). Ini berlaku apabila bayi mula menghisap susu ibunya (suckling) menyebabkan peningkatan kepekatan hormone oxytocin meningkat dalam darah dan seterusnya menyebabkan rasa haus pada ibu dan menggalakkan mereka untuk minum lebih banyak air.Walaupun terdapat fakta yang mengatakan bahawa hormon oxytocin boleh menyebabkan air kencing menjadi sedikit kurang kuantitinya, tapi ada kajian lain yang menerangkan sebaliknya. Menurut kajian tersebut, hormon oxytocin juga boleh merangsangkan pembentukan urine dengan kuantiti yang banyak kerana ia menyebabkan garam sodium dikeluarkan dari (di bahagian distal tubule dan collecting duct) dalam ginjal.Garam sodium ini kemudiannya menarik lebih banyak air dari tubuh untuk keluar melalui ginjal bersama-samanya. Kerana itu, adakalanya hormone oxytocin yang dikeluarkan menyebabkan wanita yang menyusukan anak mudah mengumpul air kencing di pundi kencing dan cepat rasa mahu kencing.Oleh kerana air kencing banyak dikeluarkan, dengan proses osmoregulation, keadaan di mana tubuh mengalami kekurangan air akan menyebabkan rasa haus dan lebih banyak air yang dikeluarkan melalui air kencing. Akhirnya kulit dan bibir boleh menjadi kering.Namun setiap wanita itu akan mengalami kesan yang berbeza-beza bergantung kepada penerimaan badan seseorang individu terbabit. Mungkin ada sesetengah wanita yang menyusukan anak tidak cepat merasa haus dan ada juga yang walau sudah minum bergelas air tapi tetap masih merasa haus juga.Apa yang penting sebagai seorang ibu yang menyusukan anak harus la banyak minum air untuk kesihatan tubuh kita juga. Jangan tunggu sampai terlalu haus baru nak minum air pulak ya, takut lain pulak yang jadi...


No comments:

Post a Comment